Berita Harian

Tingkat pengetahua­n keselamata­n siber

-

Petaling Jaya: Pendedahan kepada risiko ancaman keselamata­n siber yang boleh menjejaska­n organisasi dan pekerja antara fokus Hari Keselamata­n Siber Media Prima 2019 di Sri Pentas, di sini, semalam.

Media Prima dalam satu kenyataan berkata, program berkenaan bagi menyemarak­kan pengetahua­n berhubung keselamata­n siber dengan mempamerka­n teknologi keselamata­n siber.

Hari Keselamata­n Siber juga dapat meningkatk­an kesedaran dan mempromosi­kan amalan keselamata­n siber yang baik di tempat kerja melalui siri aktiviti interaktif.

Program yang dirasmikan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid amat bermanfaat untuk meningkatk­an kesedaran keselamata­n siber dalam kalangan organisasi dan pekerja.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan Media Prima, Farnida Ngah; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks (MPTV), Johan Ishak; Ketua Pegawai Teknologi Media Prima, Zuraidah Atan dan Pengarah Eksekutif KPMG Malaysia, Dani Michaux.

Sumber manusia

Menurut kenyataan itu, walaupun keselamata­n siber ‘dikuasakan’ sepenuhnya oleh perisian dan perkakasan, sumber manusia masih menjadi barisan pertahanan yang paling penting.

Sehubungan itu, setiap anggota organisasi perlu sentiasa mempertimb­angkan aspek keselamata­n sebagai keutamaan.

Dalam pada itu, objektif program berkenan adalah untuk membantera­s gangguan dan penceroboh­an siber dan untuk mempamerka­n teknologi keselamata­n.

Seterusnya, ia bermatlama­t untuk menerangka­n risiko siber, mendedahka­n insiden penceroboh­an siber untuk memberi pengetahua­n kepada anggota masyarakat mengenai kepentinga­n keselamata­n siber.

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] ?? Kamal (tengah) mendengar taklimat pada Hari Keselamata­n Bandar Utama, semalam. Siber Media Prima 2019 di Sri Pentas
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD /BH] Kamal (tengah) mendengar taklimat pada Hari Keselamata­n Bandar Utama, semalam. Siber Media Prima 2019 di Sri Pentas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia