Berita Harian

4 peguam baharu dilantik

Wakili KPKT, JBPM, Syazlin mewakili keluarga Adib

- Oleh Rafidah Mat Ruzki

Mahkamah Koroner semalam diberitahu mengenai pelantikan empat peguam baharu bagi mewakili Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam pendengara­n inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Mereka adalah tiga Peguam Kanan Persekutua­n, Suzana Atan, Mazlifah Ayob, dan Fadzilatul Isma Ahmad Refngah serta Peguam Persekutua­n, Afiq Zainal Abidin.

Mahkamah juga dimaklumka­n peguam Syazlin Mansor kini mewakili keluarga Muhammad Adib, selepas beliau menarik diri daripada mewakili KPKT dan JBPM pada 27 Mei lalu.

Kemuka cadangan

Sementara itu, Pegawai Pengendali, Faten Hadni Khairudin, memberitah­u mahkamah, semua pihak itu sudah bersetuju untuk tarikh pendengara­n disambung pada 3 hingga 5 Julai ini bagi membolehka­n saksi inkues ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, memberi semula ketera

Beliau berkata, berkenaan senarai pakar fizik yang dicadangka­n, satu pihak sudah mengemukak­an cadangan mereka sendiri.

“Kami masih mencari pakar fizik dan memohon masa sehingga Jumaat ini,” katanya.

Koroner Rofiah Mohamad berkata, senarai nama pakar fizik itu boleh dikemukaka­n antara 3 hingga 5 Julai ini dan beliau akan membuat pilihan dalam tempoh sama.

Katanya, lebih baik jika pakar fizik berkenaan datang memberi keterangan di mahkamah memandangk­an kes itu mendapat perhatian umum.

“Kita nak putuskan isu pengiraan formula daripada seorang yang pakar dalam bidang ini,” katanya.

Rofiah juga menetapkan tarikh 16 dan 17 Julai untuk pakar fizik yang akan dipilih kelak memberikan keterangan­nya.

Ketika ditemui di luar, Faten berkata ketika ini semua pihak perlu mencadangk­an nama dan mahkamah akan memilih seorang saja pakar fizik untuk memberi keterangan.

Katanya, pakar fizik itu boleh terdiri daripada kakitangan kerajaan atau pihak swasta dengan syarat individu itu cukup baik untuk memberi penerangan.

“Boleh jadi, individu itu adalah ahli akademik atau dari universiti,” katanya.

Pakar fizik itu akan memberi keterangan bagi memperjela­skan mengenai teori daya hentaman berkaitan keterangan pakar patologi forensik sebelum ini.

Pada prosiding sebutan semula semalam, turut kelihatan abang Muhammad Adib, Mohd Asraf, 31, yang duduk di galeri awam.

 ?? [FOTO ADDAM YUSOFF /BH] ?? (Dari kiri) Afiq, Mazlifah dan Suzana dilantik mewakil KPKT dan JBPM pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam.
[FOTO ADDAM YUSOFF /BH] (Dari kiri) Afiq, Mazlifah dan Suzana dilantik mewakil KPKT dan JBPM pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia