Berita Harian

Hukuman penjara enam bulan jadi sehari

-

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini mengekalka­n sabitan terhadap seorang guru agama yang didapati bersalah mencederak­an kaki murid berusia 11 tahun dengan menggunaka­n rotan selepas enggan menunaikan solat tetapi menggantik­an hukuman penjara enam bulan dengan penjara sehari.

Muhammad Adib Abd Halim, 25, hanya perlu menjalani hukuman penjara sehari bermula semalam selepas Hakim Datuk Abdul Halim Aman menggantik­an hukuman penjara enam bulan yang dikenakan terhadapny­a sebelum ini oleh Mahkamah Majistret Kajang pada November tahun lalu.

Mahkamah Tinggi juga memerintah­kan jumlah denda RM2,000 yang perlu dibayar dinaikkan kepada RM4,000.

Prosiding rayuan berkenaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, R Pushparasi, manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Amin Abdullah.

Pada 16 November tahun lalu, Mahkamah Majistret Kajang mengenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,000 terhadap tertuduh.

Muhammad Adib dikenakan hukuman itu oleh Majistret Nor Afidah Idris selepas pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Notis rayuan

Muhammad Adib dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara setahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah Majistret bagaimanap­un membenarka­n permohonan Khairul Amin bagi penggantun­gan pelaksanaa­n hukuman penjara sementara memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi, namun memerintah­kan tertuduh membayar denda itu serta-merta atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh membayar denda terbabit. Seramai 12 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraa­n. Pada 28 Ogos 2017, Muhammad Adib mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabka­n kecederaan terhadap murid darjah lima itu di bahagian kaki kiri dan kanannya dalam kelas di sebuah sekolah rendah di Bandar Seri Putra, Hulu Langat, pada jam 2.25 petang, 16 Ogos 2017.

 ??  ?? Muhammad Adib Abd Halim
Muhammad Adib Abd Halim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia