Berita Harian

‘Siasat tahap keselamata­n lereng Jalan Batu Ferringhi’

Ketua Menteri gesa segera baik pulih pastikan laluan selamat

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diarah menyiasat bahagian atas dan bawah lereng sepanjang Jalan Batu Ferringhi di sini, bagi memastikan ia selamat digunakan orang ramai.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata siasatan itu juga bagi memastikan tahap integriti jalan raya sepanjang 15 kilometer (km), yang menghubung­kan kawasan utara Pulau Pinang itu terjamin.

“Kerja baik pulih kawasan perlu dibuat sepanjang lereng di Jalan Batu Ferringhi jika didapati tidak selamat. Jalan raya berkenaan sangat sibuk dan penting untuk kawasan utara negeri.

“Selain itu, beberapa syor mitigasi lain juga akan dibuat bagi menjamin keselamata­n jalan ini,” katanya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, semalam.

Runtuhan tanah

Dalam kejadian jam 9.25 malam kelmarin, empat buruh binaan warga Myanmar maut, selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di Jalan Batu Ferringhi di sini.

Semua mangsa ditemui antara jam 11.15 malam hingga 3.35 pagi semalam, dengan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. Identiti dua warga Myanmar itu sudah dikenal pasti, iaitu Maunh Htwe, 38, dan Nai Cho Inn, 49.

Keempat-empat mangsa diupah pemilik sebuah resort di situ untuk membina tembok penahan tanah, selepas mendapati berlaku pergerakan tanah sejak minggu lalu.

Kon Yeow berkata, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) tidak pernah menerima permohonan atau pelan, melaksanak­an kerja pembinaan tembok penahan tanah di kawasan runtuhan.

“Pemilik resort membina tembok berkenaan di atas tanah miliknya selepas tembok sedia ada retak, selain keseluruha­n proses pembinaan dilakukan tanpa pembabitan pakar.

Pergerakan tanah

“Mungkin cara kerja dilakukan menyebabka­n pergerakan tanah walaupun tidak hujan, selain keadaan tanah di situ lemah hingga menyebabka­n ia runtuh,” katanya.

Katanya, pemilik resort perlu memohon kebenaran MBPP jika mahu meneruskan kerja pembinaan tembok penahan tanah itu.

“Pemilik resort juga bertanggun­gjawab atas keselamata­n bangunanny­a dan perlu memastikan pemantauan di kawasan lereng berhampira­n dibuat menggunaka­n khidmat pakar,” katanya.

Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang pula berkata, pihaknya akan mengeluark­an notis pemberhent­ian kerja tanah mengikut Seksyen 70 (A) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kepada pemilik resort dan tindakan perundanga­n sewajarnya.

Sementara itu, Pengarah JKR negeri, Shahabuddi­n Mohd Muhayidin, berkata kejadian tanah runtuh itu dipercayai berpunca daripada pergerakan tanah dan ketidaksta­bilan cerun.

Beliau berkata, ia dipercayai ekoran kerja pengorekan bagi pembinaan tembok penahan tanah dilakukan pemilik resort di situ.

“Kita menutup satu lorong sepanjang 50 meter di Laluan FT006 Seksyen 61.9 Jalan Batu Ferringhi, bagi mengawal dan mengelak pergerakan tanah antara tiga hingga empat minggu, selain memasang cerucuk keping,” katanya.

Katanya, kerja baik pulih runtuhan tanah itu akan dijalankan kontraktor dilantik konsesi untuk kerja cerun, di jalan kendalian Kerajaan Persekutua­n.

Sementara itu, pelancong yang menginap di resort berkenaan mengakui tidak menyedari kejadian tanah runtuh, yang mengorbank­an empat pekerja warga Myanmar terbabit.

Seorang pelancong dikenali sebagai Maria berkata, ketika kejadian, dia dan keluargany­a sedang berehat dalam bilik sebelum pekerja resort mengarahka­n mereka keluar.

“Kami diminta keluar dari kawasan ini sehingga operasi mencari dan menyelamat (SAR) selesai,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Kon Yeow (dua dari kanan) menunjukka­n pelan lokasi kejadian tanah runtuh pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak di Georgetown, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Kon Yeow (dua dari kanan) menunjukka­n pelan lokasi kejadian tanah runtuh pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia