Berita Harian

Biasiswa YTN perkasa generasi muda

Pelajar cemerlang berpeluang lanjut pelajaran di dalam, luar negara

- Oleh Haryani Ngah

Mendapat peluang menyambung pelajaran ke pusat pengajian tinggi menjadi impian setiap pelajar.

Bagi memastikan pelajar cemerlang dapat meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) menyediaka­n bantuan kewangan.

Bagi penerima biasiswa TNB, Siti Husna Annuar, 18, minat dalam bidang kejurutera­an mula berputik selepas menyertai program Memupuk Pemimpin Masa Depan

anjuran TNB, yang bermatlama­t menarik pelajar berbakat meminati sektor kejurutera­an dan kuasa.

“Tidak mahu membebanka­n ibu bapa, saya memohon empat biasiswa.

“Alhamdulil­lah, dengan bantuan YTN saya akan menyambung pengajian dalam Ijazah Kejurutera­an Elektrik Kuasa,” katanya.

Tidak semua orang berkemampu­an untuk melanjutka­n pelajaran dan itulah yang berlegar di fikiran remaja kelahiran Ipoh, G Mahesan, 18.

Tak mampu sambung belajar

Memikirkan kesusahan ibu bapanya, Mahesan berusaha mencari bantuan kewangan dan apabila mendapat tahu berjaya memperoleh bantuan pendidikan YKN, iaitu biasiswa bagi pengajian Ijazah Kejurutera­an Awam di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), ia menggembir­akan terutama ibunya.

“Saya mula berdikari sejak umur 12 tahun apabila memasuki sekolah berasrama di Perak, iaitu Maktab Rendah Sains MARA Pasir Salak. Saya mahu adik bangga dan menjadikan saya inspirasi,” katanya.

Ibunya, S Sarala Devi berkata, Mahesan sudah berjauhan dengan keluarga sejak Tingkatan Satu dan hanya berkesempa­tan meluangkan masa dengan keluarga beberapa bulan lalu.

Biasiswa oleh YTN ini turut memberi peluang kepada Muhammad Afif Muhd Gaddafi Mustapha, 18, menyambung pengajian dalam bidang kejurutera­an elektrik kuasa di UNITEN.

“Biasiswa YTN ini satu rahmat dan saya mampu berdiri sama tinggi dengan penerima lain,” katanya.

Ibunya, Dr Nurzam Suhaila Che Hussin melahirkan rasa bangga dengan pencapaian anak sulungnya itu.

“Dia mendapat biasiswa daripada syarikat yang kukuh dan berharap ia akan menjadi inspirasi buat adik-adiknya.

Sejak 1993, TNB mebiayai lebih 12,000 pelajar menerima manfaat biasiswa YTN.

Sejak Lembaga Lektrik Negara lagi, TNB menawarkan biasiswa kepada pelajar yang mendapat gred baik, untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan, berkata bermula tahun lalu, YTN memperuntu­kkan sebanyak RM10 juta untuk 1,000 pelajar dari keluarga berpendapa­tan rendah untuk mengikuti pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik di tujuh universiti, termasuk Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia menerusi program biasiswa My Brighter Future di bawah TNB.

Setiap penerima menerima RM10,000 setahun bagi yuran tuisyen dan elaun sara hidup sehingga tamat pengajian.

“Tahun ini kita tingkatkan jumlah penerima dari keluarga berpendapa­tan rendah sehingga 2,000 penerima dan menyambung biasiswa kepada mereka yang mengikuti program TVET di politeknik serta kolej komuniti.

“Saya berharap, bantuan kewangan ini dapat membantu keluarga membiayai pendidikan anak mereka.

“Pelajar yang menerima bantuan ini dipilih daripada pangkalan data Unit Pusat Universiti dan keutamaan diberikan kepada mereka yang mendaftar e-kasih,” katanya.

 ?? [FOTO AZHAR RAMLI/BH] ?? Amir Hamzah bersalaman dengan penerima biasiswa sambil diperhatik­an Shaari (kanan) pada majlis penyerahan Anugerah Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2019 di Bangi, baru-baru ini.
[FOTO AZHAR RAMLI/BH] Amir Hamzah bersalaman dengan penerima biasiswa sambil diperhatik­an Shaari (kanan) pada majlis penyerahan Anugerah Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional 2019 di Bangi, baru-baru ini.
 ??  ?? Amir Hamzah menyampaik­an Anugerah Biasiswa YTN 2019 kepada Raihanah Lukman.
Amir Hamzah menyampaik­an Anugerah Biasiswa YTN 2019 kepada Raihanah Lukman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia