Berita Harian

Jurutera rugi RM350,000 percaya waran tangkap

Macau Scam dakwa mangsa terbabit dadah, pengubahan wang haram

- Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seorang jurutera kerugian RM350,000 selepas diperdayak­an sindiket Macau Scam di sebuah bank di Bandar Baru Nilai dan Tabung Haji (TH) di Kuala Lumpur minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJN) Negeri Sembilan, Superinten­dan Aibee Ab Ghani, berkata kejadian bermula pada 14 Jun lalu apabila lelaki berusia 41 tahun

itu dihubungi wanita yang mendakwa bekerja di Ibu Pejabat Pos Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi.

Katanya, mangsa yang menetap di Bandar Seri Putra, Selangor diberitahu memiliki sebuah bungkusan mengandung­i kad pengenalan dan jaket hitam.

Lelaki dakwa di IPK Sabah

“Mangsa menafikann­ya, namun taliannya disambung pula kepada seorang lelaki yang mendakwa berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Anggota itu memberitah­u mangsa terbabit aktiviti pengubahan wang haram dan dadah. Anggota itu kemudian mengirimka­n waran tangkap melalui aplikasi Whatsapp,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Aibeei berkata, talian disambung pula kepada seorang lelaki lain yang mendakwa pegawai polis, juga dari IPK Sabah dan mengesahka­n kes berkenaan.

“Mangsa diminta membuka akaun bank jika mahu kes diselesaik­an. Mangsa kemudian membuka akaun di sebuah bank di Bandar Baru Nilai dan memasukkan RM70,000 wang Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliknya pada jam 9.30 pagi, 18 Jun lalu.

“Mangsa sekali lagi memasukkan RM280,000 wang simpanan Tabung Haji ke dalam akaun berkenaan di Kuala Lumpur, pada jam 10.30 pagi, 20 Jun. Mangsa diminta menunggu siasatan dan merahsiaka­nnya,” katanya.

Bagaimanap­un, mangsa terkejut dimaklumka­n tidak wujud kes seumpamany­a ketika beliau menghubung­i IPK Sabah, kelmarin.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Anggota itu kemudian mengirimka­n waran tangkap melalui aplikasi Whatsapp” Aibee Ab Ghani, Ketua JSJN Negeri Sembilan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia