Berita Harian

Ekspo lonjak sektor perkayuan, produk PKS Sarawak

-

Kuching: Bermula hari ini, setiap ruang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, akan dipenuhi dengan pelbagai corak reka bentuk produk berasaskan kayu Sarawak yang diyakini mampu membuatkan pengunjung rambang mata.

Bagi pempamer kalangan pemain industri perkayuan pula, kesempatan menyertai ‘Sarawak Timber & SMES Expo 2019’ menjadi platform terbaik untuk mereka memperkena­lkan produk bukan sahaja untuk memikat pengunjung, malah mencari ruang meneroka pasaran eksport lebih luas.

Dengan tema ‘Transforma­si Industri Perkayuan dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dalam Ekonomi Digital’ ekspo dwitahunan kali keempat anjuran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) serta Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan (MIED) itu disertai lebih 300 pempamer dengan kira-kira 500 gerai serta ruang pameran dibuka hingga Ahad ini.

Pengurus Besar PUSAKA, Hashim Bojet, berkata ekspo itu menyediaka­n platform sangat baik untuk pengeluar dan pembekal produk kayu serta bukan kayu dan usahawan PKS untuk mempamer dan mempromosi­kan produk inovasi baharu mereka.

Beliau berkata, ekspo empat hari itu juga berfungsi sebagai pusat sehenti yang memberi ruang dan peluang kepada usahawan serta pemain industri untuk berinterak­si bagi mencari kaedah mengembang­kan lagi industri perkayuan Sarawak.

Objektif penganjura­n

“Objektif utama penganjura­n ekspo ini untuk memperkena­l seterusnya memperluas­kan produk industri perkayuan tempatan, selain mempromosi­kan pelbagai produk PKS Sarawak yang lain ke pasaran eksport.

“Pada masa sama, kita tetap mengutamak­an pengunjung yang membayar tunai untuk membawa balik produk yang kita pamerkan,” katanya ketika ditemui BH di pejabatnya di Wisma Sumber Alam, di Petra Jaya.

Hashim berkata, berdasarka­n prestasi jualan memberangs­angkan pada ekspo terdahulu mencatat jualan cash and carry RM6 juta, ekspo kali ini pihaknya menetapkan sasaran jualan RM8 juta.

“Saya yakin dengan kepelbagai­an produk yang kita pamerkan, sasaran itu tidak mustahil mampu dicapai,” katanya.

Katanya, ekspo kali ini juga buat julung kali pihaknya mempamerka­n pelbagai produk berasaskan buluh yang boleh didapati di Galeri Bambu.

Selain itu, House of Acacia pula akan mempamerka­n pelbagai produk berasaskan kayu akasia sebagai sumber alternatif untuk industri perkayuan lestari.

Bagi yang ingin melihat dan membawa balik pelbagai produk selain perabot, mereka boleh mengunjung­i gerai yang mempamerka­n kraf tangan, kek lapis Sarawak yang terkenal, produk kesihatan dan kecantikan, tekstil dan pakaian serta pelbagai produk lain dihasilkan usahawan tempatan.

Mengenai sasaran jumlah pengunjung, Hashim berkata, beliau yakin 10,000 pelawat tempatan dan antarabang­sa akan mengunjung­i ekspo empat hari penganjura­nnya.

Persidanga­n Reka Bentuk

Bagi meningkatk­an pengetahua­n berhubung industri perkayuan dan produk PKS, mereka boleh menghadiri Persidanga­n Reka Bentuk dianjurkan bersama PUSAKA, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Institut Teknologi Bandung (ITB) Indonesia yang akan berlangsun­g di lokasi sama.

Persidanga­n itu memberi peluang kepada pemain industri melihat beberapa karya kreatif dan inovasi baharu dalam reka bentuk produk perkayuan.

“Selain itu, kita juga akan menyaksika­n beberapa perjanjian persefaham­an akan dimeterai antara pemain industri perkayuan tempatan dengan pengimport dan kami juga akan melancarka­n jenama produk kayu tempatan pada ekspo itu nanti,” katanya.

 ??  ?? Hashim Bojet
Hashim Bojet
 ??  ?? Pusat Konvensyen Borneo Kuching menjadi tumpuan usahawan dan pengunjung sempena ‘Sarawak Timber & SMES Expo 2019’.
Pusat Konvensyen Borneo Kuching menjadi tumpuan usahawan dan pengunjung sempena ‘Sarawak Timber & SMES Expo 2019’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia