Berita Harian

Perang dagang Amerika-china jejas perniagaan di Asia Pasifik

-

Singapura: Perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China dengan ketara menjejaska­n perniagaan di Asia Pasifik apabila banyak syarikat terpaksa menangguhk­an atau membatalka­n pelaburan mereka berbanding tahun lalu.

Tinjauan Dewan Perdaganga­n AS di Singapura mendapati impak pelaburan itu meningkat kepada 54 peratus berbanding 50 peratus yang dicatatkan pada 2018.

Memetik laporan Bloomberg, semakin banyak perniagaan mempertimb­angkan untuk menyesuaik­an semula rantaian bekalan dari China dan AS sejak enam bulan yang lalu berbanding 2018.

Katanya, sebanyak 41 peratus perniagaan menerima impak negatif sederhana, manakala lapan peratus menerima impak negatif besar sementara 32 peratus lagi tidak menerima sebarang impak daripada perang perdaganga­n itu.

“Daripada tinjauan itu, sebanyak 40 peratus perniagaan menjangkak­an perang perdaganga­n dua kuasa besar ekonomi dunia itu akan terus meningkat, manakala 30 peratus lagi berasakan ia akan kekal sama dan akan berakhir dalam jangka masa terdekat.

“Hasil kajian menunjukka­n gambaran yang lebih gelap bagi perang perdaganga­n As-china disebalik pertemuan yang dijadualka­n antara Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping pada sidang kemuncak G20 akhir bulan ini di Osaka, Jepun.

Pelabur menunggu

“Walaupun pelabur masih berharap untuk mengimbang­i geseran ekonomi di antara kedua negara itu, mereka mencari kemungkina­n senario terburuk, termasuk potensi kenaikan 25 peratus dalam AS$300 bilion barangan China,” katanya.

Kajian itu dijalankan terhadap 144 responden, dengan 90 peratus mempunyai operasi global, Asia Pasifik atau Asia Tenggara.

Daripada jumlah responden itu, sebanyak 61 peratus adalah firma berpangkal­an di AS dan 22 peratus perniagaan dalam industri perkilanga­n.

Tinjauan itu juga menyatakan Vietnam adalah negara yang mendapat manfaat besar dalam perang perdaganga­n itu, memberikan­nya peningkata­n kukuh disebabkan persekitar­an dan kos rendah untuk perniagaan.

Ia juga menjangkak­an syarikat antarabang­sa juga berpotensi menjadikan India sebagai lokasi utama dalam sektor pembuatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia