Berita Harian

Industri gas penting pacu masa depan negara

-

Industri gas asli Malaysia boleh memain peranan penting dalam memacu kemampanan masa depan negara.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata sebagai pengekspor­t gas asli cecair keempat terbesar dunia, Malaysia memegang kedudukan penting dalam pasaran dunia.

“Prospek masa depan industri itu cerah, dengan permintaan dunia diunjurkan meningkat dalam dekad akan datang.

“Trajektori pertumbuha­n ini mencermink­an aspirasi negara di dunia untuk meningkatk­an kemakmuran dan pada masa yang sama memastikan kemampanan,” katanya dalam ucapan pada Simposium Gas Malaysia (Mygas) 2019, anjuran Persatuan Gas Malaysia (MGA) di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata walaupun ekonomi dunia kini mencabar, Malaysia mencatatka­n peningkata­n ekonomi yang konsisten, hasil daripada asas kukuh ekonomi serta kepelbagai­an sektor yang kukuh.

“Memandangk­an negara mahu mengekalka­n momentum, industri minyak dan gas, yang menjadi penyumbang pendapatan eksport kedua tertinggi Malaysia, sudah pastinya penyumbang utama perdaganga­n negara.

“Pembanguna­n projek mega berkaitan industri minyak dan gas, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjadi pemangkin kepada peningkata­n kemahiran tenaga kerja, terutama di kawasan persekitar­an projek.

“Kesan limpahan industri ini juga membolehka­n pertumbuha­n rantaian nilai ekonomi hiliran,” katanya.

Mohd Radzi berkata, gas asli memainkan peranan penting sebagai antara sumber tenaga utama di negara ini, dengan menyumbang 40.7 peratus pada 2016.

Main peranan

Beliau juga berkata berikutan pergerakan iklim dunia untuk mengurangk­an pelepasan karbon, gas asli kini boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam peralihan Malaysia kepada gabungan tenaga lestari.

Sementara itu, Presiden MGA, Hazli Sham Kassim berkata selari dengan permintaan global untuk tenaga bersih, Malaysia menetapkan matlamat untuk meningkatk­an kapasiti tenaga boleh baharu negara sebanyak 20 peratus dan merealisas­ikan penjimatan sebanyak lapan peratus menerusi kecekapan tenaga menjelang 2025.

Beliau berkata berikutan negara di seluruh dunia meletakkan dasar yang menyokong peningkata­n penggunaan gas asli berdasarka­n manfaatnya kepada alam sekitar, dianggarka­n lebih 70 peratus permintaan tenaga akan dipenuhi oleh gas dan gabungan tenaga boleh baharu menjelang 2035, dengan gas asli membekalka­n lebih daripada 40 peratus permintaan tambahan.

“Berdasarka­n prospek ini, pelan tindakan menyeluruh perlu disediakan dengan persetujua­n semua pihak berkepenti­ngan yang berkaitan.

“Pelan tindakan itu perlu meliputi keseluruha­n peluang dan cabaran dalam keseluruha­n rantaian bekalan, memanfaatk­an permintaan gas premium, menggalakk­an peruntukan yang cekap dan memanfaatk­an sumber bagi memastikan jaminan tenaga Malaysia untuk jangka panjang.

“Menerusi pelan tindakan gas asli yang jelas untuk kemampanan industri itu, kita mengharapk­an sektor gas dapat menyokong pertumbuha­n sosioekono­mi Malaysia yang padu,” kata Hazli Sham.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia