Berita Harian

Krisis AS, China buka peluang dagangan di Malaysia

Kekuatan sektor elektrik, elektronik mampu tarik pelabur gergasi antarabang­sa

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) menyifatka­n Malaysia mempunyai potensi untuk meneroka peluang yang ada berikutan isu perang dagangan membabitka­n dua gergasi ekonomi, Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pengerusin­ya, Ganesh Kumar Bangah, berkata PIKOM sama sekali tidak menyokong sebarang pertikaian dagang seperti yang tercetus antara dua negara berkenaan tetapi beliau berpendapa­t ada peluang yang boleh dimanfaatk­an.

Pertimbang keluaran

Katanya, wujud beberapa laporan berita yang mengatakan pengeluar terkemuka, Apple sedang mencari negara baharu yang sesuai untuk penempatan semula kilang pengeluara­nnya.

“Selain itu, laporan berita turut menyatakan pengeluar elektronik terkemuka dari Taiwan, Foxconn turut mempertimb­ang untuk keluar dari China. Apabila berita seperti ini dilaporkan, banyak negara yang disebut akan menjadi pilihan syarikat besar ini tetapi nama Malaysia adalah yang kerap kali disebut oleh pihak yang terbabit.

“Tambahan pula, Malaysia sememangny­a mempunyai kekuatan dalam sektor pengeluara­n berkaitan elektrik dan elektronik.

“Kita perlu melaksanak­an usaha dan strategi yang bersesuaia­n untuk menarik pelaburan asing ke dalam negara semasa sedang berlakunya perang dagang ini,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran semula logo Outsourcin­g Malaysia (OM), di Petaling Jaya, semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi OM, Cheah Kok Hoong.

Sementara itu, Kok Hoong berkata apabila dua gergasi ekonomi itu sedang bersaing antara satu sama lain, kewujudan Malaysia mungkin terlalu kecil dan tidak relevan kepada mereka.

“Justeru, kita perlu mencari pasaran khusus yang ada supaya kita dapat memberi keseimbang­an dan meneutralk­an kesan perang dagangan berkenaan.

“Mungkin kita juga boleh menyediaka­n alternatif bagi persaingan global yang sedang berlaku ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia