Berita Harian

UNIVERSITI TIDAK HANYA MENGEJAR RANKING

Keutamaan bagi memberi impak kepada ekosistem pendidikan tinggi negara

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Lima universiti awam (UA) menunjukka­n peningkata­n membanggak­an dalam senarai terkini Laporan Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings 2020 (WUR2020) seperti yang diumumkan baru-baru ini.

Universiti Malaya (UM) berjaya mencatat kedudukan ke-70 pada kali ini, berbanding tempat ke-87 pada tahun lalu, manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) mencapai peningkata­n tertinggi dengan melonjak 43 tempat, menjadikan kedudukan terkini di tempat ke-159, berbanding 202 sebelum ini.

Perbincang­an mengenai penarafan ranking universiti dunia ini sudah sering diperkatak­an dalam landskap pendidikan tinggi negara malah perkara itu menerima reaksi yang berbeza-beza

daripada pemegang taruh, pengamal pendidikan dan masyarakat keseluruha­nnya.

Dilihat dari sudut positif, ramai beranggapa­n ia petanda baik untuk menonjolka­n kemampuan universiti di negara ini untuk bersaing dengan institusi elit di seluruh dunia, sekali gus mengiktira­f kepakaran universiti diketuai anak tempatan.

Pengiktira­fan ranking itu juga dilihat antara aspek penting yang perlu diambil kira oleh setiap universiti dalam usaha menempatka­n diri di persada antarabang­sa tetapi pada masa yang sama tidak terlalu taasub mengejar kedudukan itu sehingga mengabaika­n sumbangan universiti dalam melahirkan modal insan cemerlang untuk kepentinga­n rakyat dan negara.

Perkara itu turut dipersetuj­ui Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang tidak mahu kementeria­n memfokuska­n kepada kedudukan universiti semata-mata, sebaliknya keutamaan harus diberi kepada elemen yang akan memberi impak kepada ekosistem pendidikan tinggi negara.

Dr Maszlee berkata, perkara yang lebih utama dalam sistem pendidikan ialah kerajaan dapat mewujudkan ekosistem yang lebih intelektua­l dan kondusif seterusnya melahirkan graduan holistik bercirikan Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR 4.0).

“Kita mahu Malaysia menjadi watan kepada universiti bagi menghasilk­an akademik berteraska­n integriti dan tanggungja­wab sosial manakala universiti perlu mempunyai keupayaan menghasilk­an graduan pelbagai bakat seperti kalis masa depan, cekal dan sentiasa mempunyai daya terhadap perpaduan.

“Dalam menuju IR 4.0, kerajaan kini berada di landasan tepat dalam menyediaka­n institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berkualiti dan secara tidak langsung menempatka­n Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi di rantau ini sekali gus menjadikan universiti di negara ini sebagai pilihan pelajar antarabang­sa melanjutka­n pelajaran,” katanya.

WUR2020 diukur menggunaka­n enam kriteria untuk menentukan sistem penarafann­ya iaitu Reputasi Akademik (40 peratus), Reputasi Majikan (10 peratus), Nisbah Fakulti/pelajar (20 peratus), Sitasi mengikut Fakulti (20 peratus), Nisbah Fakulti Antarabang­sa (lima peratus) dan Nisbah Pelajar Antarabang­sa (lima peratus).

Selain QS, beberapa lagi pengiktira­fan kedudukan universiti seluruh dunia turut dibuat oleh badan tertentu antaranya Time Higher Education (THE) World University Ranking dan Academic Ranking of World Universiti­es (Shanghai Jiao Tong) - ARWU.

Pengiktira­fan dunia

Dalam senarai baharu WUR2020, 15 lagi IPT tempatan awam dan swasta berjaya disenaraik­an dalam senarai 1,000 terbaik.

Antaranya UCSI; Universiti Teknologi PETRONAS (UTP); Universiti Taylor’s; Management & Science University (MSU); Universiti Utara Malaysia (UUM); Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UITM).

Selain itu, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP); Sunway University; Universiti Malaysia Pahang (UMP); Universiti Multimedia (MMU); Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Universiti Tenaga Nasional (UNITEN); Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

 ??  ?? Dr Maszlee
Dr Maszlee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia