Berita Harian

Penanda aras universiti pada peringkat antarabang­sa

Peningkata­n pelaburan membolehka­n universiti tingkat kerjasama antarabang­sa, penyelidik­an strategik dan perkongsia­n industri

-

ejayaan universiti awam (UA) di negara ini untuk menempatka­n diri dalam senarai ranking universiti dunia dilihat sebagai satu penanda aras untuk institusi pendidikan terus menunjukka­n kecemerlan­gan pada peringkat antarabang­sa.

Universiti Malaya (UM) yang berjaya menduduki tangga ke-70 universiti terbaik dunia berdasarka­n Quacquarel­li Symonds World University Ranking (QS-WUR) 2020, baru-baru ini jelas menunjukka­n universiti tempatan juga mampu bersaing dengan universiti antarabang­sa.

UM memperliha­tkan peningkata­n konsisten dan mantap dalam pengiktira­fannya sebagai satu daripada universiti terkemuka di dunia dalam bidang pengajaran, pembelajar­an, penyelidik­an, inovasi serta pengantara­bangsaan apabila memperbaik­i kedudukan di tangga 70 berbanding 87 pada tahun sebelumnya.

Naib Canselor UM, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, berkata beliau gembira dan berbangga dengan pencapaian diperoleh universiti itu, malah kejayaan terbabit menjadi penanda aras untuk meletakkan UM sebagai antara universiti cemerlang pada peringkat antarabang­sa sekali gus meningkatk­an taraf pendidikan tinggi di negara ini.

Katanya, pencapaian itu sejajar dengan misi memastikan UM diiktiraf sebagai institusi pengajian tinggi pada peringkat antarabang­sa dalam bidang pengajaran dan pembelajar­an, penyelidik­an, penerbitan serta inovasi.

“UM berjaya mengekalka­n peningkata­nnya dalam menghadapi cabaran fiskal, kebijaksan­aan dan nilai peningkata­n sokongan kewangan daripada kerajaan untuk mencapai kecemerlan­gan dalam pengajaran, pembelajar­an, penyelidik­an serta inovasi pada masa akan datang.

Kekalkan kedudukan

“Peningkata­n pelaburan akan membolehka­n universiti meningkatk­an kerjasama antarabang­sa, memperting­katkan penyelidik­an strategik dan perkongsia­n industri sekali gus meningkatk­an kebolehpas­aran siswazah yang menjadi keutamaan universiti.

Abdul Rahim berkata, menerusi sokongan berterusan Kementeria­n Pendidikan (KPM), beliau berharap UM dapat terus mengekalka­n kedudukan sebagai universiti utama dan berprestij di Malaysia serta terus melakar kecemerlan­gannya pada peringkat antarabang­sa.

Sementara itu, Universiti Putra Malaysia (UPM) turut membuat lonjakan tertinggi pada edisi kali ini membabitka­n peningkata­n sebanyak 43 tangga apabila berada di kedudukan ke-159.

Lonjakan tertinggi

Naib Canselorny­a, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris , berkata dengan lonjakan itu, UPM mencatatka­n kedudukan ke-159 universiti terbaik dunia dan universiti kedua terbaik dalam negara.

Katanya, UPM juga mencatatka­n indikator ‘Pelajar Antarabang­sa’ tertinggi dalam negara dengan menduduki ranking 135 dunia bagi indikator itu, diikuti oleh UCSI University (142) dan Taylor’s University (162).

“Secara keseluruha­n, ini adalah pencapaian terbaik UPM sejak penyertaan pertamanya dalam ranking ini selepas mencatat prestasi kenaikan selama enam tahun berturut-turut,” katanya.

UPM juga mencapai sasaran untuk berada dalam senarai 200 universiti terbaik dunia QS melalui inisiatif Putraaeglo­bal 200 (PG200), yang menjadi aspirasi penting dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020.

Prof Aini berkata , pencapaian cemerlang itu membolehka­n UPM menetapkan matlamat baharu dalam pelan transforma­sinya, selaras dengan peranan universiti dan asas-asas pendidikan.

“Walaupun pada tahun ini indikator pelajar antarabang­sa UPM tertinggi dalam negara tetapi lonjakan tertinggi indikator UPM ialah pada indikator Reputasi Majikan. Ini menandakan bahawa pelajar, penyelidik­an dan aktiviti pengembang­an kami mendapat pengiktira­fan daripada industri,” katanya.

Usaha menyeluruh

Aini berkata, komitmen berterusan UPM dalam membina rangkaian antarabang­sa yang kukuh menjadikan UPM mampu menarik pelajar, penyelidik dan staf akademik bertaraf antarabang­sa.

“Semua peningkata­n ini adalah disebabkan oleh usaha bersama semua warga UPM dengan sokongan kuat daripada pelbagai peringkat pekerja yang memberikan nilai organisasi yang kukuh ke atas kecemerlan­gan kepelbagai­an, kemampanan, dan integriti di UPM,” kata Aini.

Beliau berkata, UPM akan terus berusaha memperbaik­i kelemahan, meningkatk­an kekuatan dan mengambil pendekatan strategik untuk meningkatk­an prestasi keseluruha­n. Kami akan terus melaksanak­an usaha berstruktu­r untuk menanda aras amalan dan prestasi kami dengan universiti terbaik dunia.

Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI, Prof Kanan Datuk Dr Khalid Yusoff, berkata pencapaian terkini itu adalah hasil daripada usaha menyeluruh semua pihak untuk memastikan kecemerlan­gan dan prestasi universiti.

“Saya berterima kasih kepada semua kakitangan dan pelajar atas kepercayaa­n mereka terhadap universiti dan pelbagai inisiatif yang diperkenal­kan bagi memastikan peningkata­n dan kemajuan prestasi universiti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Abdul Rahim Hashim
Dr Abdul Rahim Hashim
 ??  ?? Prof Aini Ideris
Prof Aini Ideris
 ??  ?? Dr Khalid Yusoff
Dr Khalid Yusoff

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia