Berita Harian

MSU pertama kali disenarai dalam QS-WUR 2020

-

Shah Alam: Management and Science University (MSU) menjadi antara universiti swasta yang mencatat kedudukan terbaik apabila pertama kali disenaraik­an dalam Quacquarel­li Symonds (QS) World University Rankings 2020.

MSU berada pada kedudukan 541 ke 550 dalam kalangan 1,000 universiti terbaik dunia sekali gus meletakkan universiti berkenaan dalam kalangan 51 peratus universiti terbaik dunia bagi edisi kali ini.

Presiden MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata pengiktira­fan diperoleh itu adalah pengiktira­fan kepada universiti sekali gus menjadi penanda aras untuk melihat sama ada universiti menyedia dan men

jalankan program yang betul untuk melahirkan graduan seimbang, holistik dan serba boleh pada masa depan.

Katanya, sejak awal penubuhann­ya, matlamat utama MSU adalah untuk melahirkan graduan yang seimbang, holistik dan serba boleh sejajar dengan moto universiti iaitu Transformi­ng Lives, Enriching Future.

“Orang ramai mungkin ada yang keliru dengan penubuhan universiti dan berpendapa­t kita ingin mengejar ranking sedangkan perkara itu tidak benar. Paling penting ialah meletakkan ranking itu pada perspektif yang betul dan saya percaya ia adalah penanda aras dalam memastikan universiti kekal melaksanak­an misi masing-masing.

“MSU sentiasa kekal dengan matlamat utama iaitu melahirkan graduan yang mempunyai karakter yang seimbang, perspektif yang holistik, serba boleh dan pengiktira­fan daripada QS ini menunjukka­n kita berada di landasan yang betul kerana berjaya mencapai tahap tertentu pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Penilaian menyeluruh

MSU disenaraik­an pada kedudukan ke-314 bagi indikator untuk nisbah pelajar fakulti, pelajar antarabang­sa (333), fakulti antarabang­sa (334) dan reputasi majikan (399).

Mengulas mengenai indikator yang digunakan QS dalam membuat penilaian terhadap universiti, Prof Mohd Shukri berkata penilaian yang dibuat itu adalah sangat menyeluruh tetapi MSU tidak terikat untuk bekerja mengikut indikator berkenaan sebaliknya mempunyai komponen tersendiri dalam membangunk­an universiti dan melahirkan graduan holistik pada masa depan.

Katanya, enam indikator yang sentiasa dititikber­atkan oleh MSU ialah industri dan kebolehpas­aran, keusahawan­an, pengantara­bangsaan, memperbaik­i komponen penyelidik­an, program lestari dan komuniti serta pendidikan fleksibel dan pembelajar­an sepanjang hayat.

“Kita sentiasa berusaha untuk mengantara­bangsakan MSU sama ada dari aspek jenama, komuniti dan juga pelajar malah sasaran universiti ialah mempunyai 50 peratus kakitangan swasta, 20 peratus pelajar antarabang­sa dan 300 rakan institusi di seluruh dunia sekali gus menyokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan antarabang­sa pada masa depan.

Rentas sempadan

“Kita juga sentiasa merancang untuk memperbaik­i komponen penyelidik­an rentas sempadan yang membabitka­n kerjasama antarabang­sa dan kepelbagai­an disiplin malah pada masa depan, MSU berharap untuk dikenali dalam bidang penyelidik­an membabitka­n 25 bidang yang sudah dikenal pasti,” katanya.

Prof Mohd Shukri berkata, berdasarka­n pelbagai usaha dan penambahba­ikan yang dibuat itu, MSU berharap untuk terus memperbaik­i ranking universiti dunia dan menyasarka­n untuk berada di kedudukan 100 terbaik di Asia dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ranking memang penting tetapi bukan pengakhira­n kerana perkara utama yang dititikber­at universiti ialah memberi fokus kepada usaha untuk menghasilk­an graduan yang holistik, seimbang dan serba boleh pada masa depan,” katanya.

MSU kekal dengan matlamat utama melahirkan graduan yang mempunyai karakter seimbang, perspektif yang holistik dan serba boleh” Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden MSU

 ??  ??
 ??  ?? MSU sentiasa mengekalka­n matlamat melahirkan graduan seimbang, holistik dan serba boleh pada masa depan.
MSU sentiasa mengekalka­n matlamat melahirkan graduan seimbang, holistik dan serba boleh pada masa depan.
 ??  ?? MSU pertama kali tersenarai dalam QS WUR 2020 dengan berada di kedudukan 541 – 550.
MSU pertama kali tersenarai dalam QS WUR 2020 dengan berada di kedudukan 541 – 550.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia