Berita Harian

UIAM, PICOMS jalin kerjasama strategik

MOU babitkan bidang pendidikan, penyelidik­an, sains perubatan dan pengurusan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) menjalin kerjasama strategik dengan

Kolej Universiti Antarabang­sa PICOMS melalui majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) di UIAM Kampus Gombak, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis menandatan­gani MOU itu, UIAM diwakili oleh Rektornya, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Timbalan Rektor (Tanggungja­wab Penyelidik­an dan Inovasi), Prof Dr Ahmad Hafiz Zulkifli, manakala PICOMS diwakili Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Naib Canselorny­a, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman serta Pendaftar, Norita Arshad.

MOU itu bertujuan menggalakk­an kerjasama dan manfaat yang bakal diperoleh kedua-dua pihak dalam bidang pendidikan, penyelidik­an, sains perubatan serta pengurusan.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP), merangkap Ahli Lembaga Govenor UIAM, Datuk Seri Syed Hussein Alhabshee.

Potensi pasaran

Terdahulu, Syed Hussein dalam ucapannya, berkata melalui jaringan kolaborasi berkenaan, universiti dan semua pihak terbabit dapat memberi penekanan terhadap potensi pasaran penghasila­n gelatin halal pada peringkat antarabang­sa.

“Dalam hal ini, saya bercadang untuk bekerjasam­a dengan pihak UIAM Holdings khususnya dalam mengkomers­ialkan lagi bidang farmaseuti­kal, malah projek ini boleh direalisas­ikan dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya.

Pemilihan UIAM sebagai rakan strategik PICOMS adalah berdasarka­n kemajuan dan pencapaian universiti itu dalam dunia Islam mahupun antarabang­sa khususnya membabitka­n penyelidik­an serta pengeluara­n produk halal.

PICOMS juga akan melebarkan sayapnya ke Jerman untuk program penempatan antarabang­sa dalam bidang kejururawa­tan pada masa terdekat, di samping berhasrat untuk menubuhkan universiti berkonsep wakaf dengan kerjasama Pusat Penyelidik­an Waqaf Antarabang­sa UIAM, di bawah naungan MAIWP.

Langkah murni itu sejajar dengan usaha menggalakk­an kemajuan sistem pendidikan berteraska­n nilai Islam di negara ini.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM / BH] ?? Pertukaran dokumen
MOU antara Dzulkifli (tiga dari kiri) dan Wan Mohd Azizi (tiga dari kanan) pada majlis yang diadakan di UIAM
Kampus Gombak, baru-baru ini.
[FOTO SALHANI IBRAHIM / BH] Pertukaran dokumen MOU antara Dzulkifli (tiga dari kiri) dan Wan Mohd Azizi (tiga dari kanan) pada majlis yang diadakan di UIAM Kampus Gombak, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia