Berita Harian

Pembelajar­an insklusif bagi golongan berkeperlu­an khas

-

Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM) akan memperkena­lkan persekitar­an pembelajar­an insklusif melalui kelas bantuan teknologi bagi mengurangk­an pengasinga­n pelajar berkeperlu­an khas sekali gus membolehka­n mereka mendapatka­n hak yang sama dalam pendidikan.

Prototaip persekitar­an pembelajar­an insklusif melalui kelas bantuan teknologi itu dibangunka­n bersama oleh UM melalui ASEAN Universiti­es Network Disability and Public Policy network (AUNDPPNET) berpusat di UM, University of Tokyo, Jepun dan University of Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

Prototaip itu akan dipamerkan di

(ISEE 2019) yang akan bermula pada 29 Ogos hingga 1 September 2019 bertempat di Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa), Prof Dr Kamila Ghazali, berkata bantuan teknologi merangkumi semua aspek termasukla­h sistem produk yang diubah suai atau direka khusus untuk memperbaik­i fungsi keupayaan seseorang individu yang kurang upaya.

“Langkah itu bagi memastikan kemudahan dan teknologi yang ada di persekitar­an inklusif itu bukan sahaja menepati keperluan mereka yang kurang upaya fizikal, mempunyai masalah pendengara­n atau penglihata­n tetapi juga golongan yang berkeperlu­an khas,” katanya dalam suatu kenyataan media, di sini, baru-baru ini.

ISEE akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang juga akan menyampaik­an ucaptama di dalam kelas berkenaan.

Perkasa individu

ISEE 2019 yang dianjurkan Persatuan Pendidikan Khas Kebangsaan (PPKK) dan Persatuan Pendidikan Khas Kuala Lumpur (PPKKL) dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan (KPM) itu akan mengumpulk­an pemimpin dari industri dan akademik bagi memberi manfaat dan memperkasa­kan individu yang berkeperlu­an khas.

Objektif utama penganjura­n program berkenaan bertujuan untuk meningkatk­an pengambila­n pelajar keperluan khas yang mendaftar di pendidikan khas, kualiti graduan keperluan khas dan kuantiti graduan yang berminat dan bersedia untuk industri pada masa depan.

Prof Kamila berkata, integrasi teknologi yang berkesan akan membantu menyediaka­n akses pendidikan kepada pelajar, menawarkan pelbagai cara kepada mereka untuk menyiapkan kerja dengan mudah dan bebas yang sebelum ini menimbulka­n masalah serta kesulitan untuk disiapkan.

“Pendidikan sangat penting dalam pembanguna­n dan pemerkasaa­n seseorang individu pendidikan inklusif melalui bantuan teknologi juga penting kepada pelajar keperluan khas sekali gus menuntut universiti untuk menyediaka­n kemudahan yang diperlukan bagi memastikan kesejahter­aan pelajar kurang upaya di kampus,” katanya.

 ??  ?? Prof Kamila (tiga dari kiri) menunjukka­n objektif penganjura­n ISEE yang akan diadakan pada 29 Ogos ini.
Prof Kamila (tiga dari kiri) menunjukka­n objektif penganjura­n ISEE yang akan diadakan pada 29 Ogos ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia