Berita Harian

Pelajar antarabang­sa Tropimundo UMT terima anugerah

-

Kuala Nerus: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima kunjungan hormat daripada Duta Belgium ke Malaysia, Pascal H Grègoire, sempena dengan Majlis Penutup Program Pengajian Master Erasmus Mundus dalam bidang Biodiversi­ti dan Ekosistem Tropika (Tropimundo) 2019, baru-baru ini.

Tropimundo adalah program master Erasmus Mundus yang mengambil masa selama dua tahun dalam bidang biodiversi­ti dan ekosistem tropika yang juga program tajaan Suruhanjay­a Eropah (EC) menampilka­n Universitè libre de Bruxelles (ULB), Belgium sebagai penyelaras utama.

Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar, berkata, kumpulan Tropimundo itu ialah kumpulan kelima sejak ditubuhkan pada 2015.

Beliau berkata, kohort pertama dengan pembabitan 13 pelajar, diikuti kohort kedua (14 pelajar), kohort ketiga (18 pelajar), kohort keempat (17 pelajar) dan kohort kelima Tropimundo (16 pelajar) dari 10 negara berlainan.

“10 negara itu ialah Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Hong Kong, India, Malaysia, Sepanyol, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat,” katanya ketika berucap pada majlis penutup itu.

Rakan konsortium

Beliau berkata, kerjasama konsortium itu terhasil selepas termeterai dokumen memorandum persefaham­an (MOU) antara UMT dengan ULB secara rasmi apabila dilantik menjadi rakan konsortium pada 1 September 2014 untuk menyertai 12 universiti konsortium program mobiliti Tropimundo.

“Alhamdulil­lah, seramai 16 pelajar Tropimundo selesai menamatkan satu semester wajib pengajian mereka di UMT selama lima bulan yang bermula pada Februari lalu.

“Program ini bertindak sebagai penanda aras bahawa pelajar master Tropimundo dengan rasminya menjadi sebahagian daripada alumni dan duta dalam meningkatk­an keterlihat­an UMT di peringkat global serta antarabang­sa daripada aspek pengajaran, pembelajar­an dan penyelidik­an dalam kalangan pelajar,” katanya.

Pada majlis itu, Prof Nor Aieni mewakili UMT melahirkan penghargaa­n kepada Duta Besar Belgium ke Malaysia, atas sumbangan dan penyertaan beliau yang turut bersama-sama pelajar Tropimundo melaksanak­an kerja lapangan pemulihara­an dan pemantauan aktiviti penyu bertelur di Stesen Alami Santuari Penyu UMT, Chagar Hutang, Pulau Redang, Terengganu pada April lalu.

 ??  ?? Dr Noor Aieni dan Pascal H Grègoire bersama-sama pelajar Tropimundo pada majlis penutup Program Pengajian Master Erasmus Mundus.
Dr Noor Aieni dan Pascal H Grègoire bersama-sama pelajar Tropimundo pada majlis penutup Program Pengajian Master Erasmus Mundus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia