Berita Harian

Pelajar perubatan bantu mangsa gempa Lombok

Pralawatan dilakukan untuk rangka butiran, pastikan program berjalan lancar

- Oleh Nas Norziela Nasbah

dan masalah yang dihadapi oleh mangsa gempa.

Beliau berkata, pada program pralawatan itu, pihaknya gembira kerana dapat menjalinka­n hubungan baik dengan pihak gabenor, universiti dan agensi berkaitan dengan misi bantuan di Lombok.

“Program pralawatan yang disertai oleh Pengetua Kolej Tun Dr Ismail, UKM dan dua wakil pelajar ini berjaya mencapai objektif untuk berbincang dan merangka butiran program bersama-sama pihak di sana bagi memastikan segala perancanga­n serta objektif misi bantuan berjalan lancar,” katanya.

Bantuan kewangan

Program pralawatan itu turut membabitka­n penyertaan pelajar dari Universita­s Muhammadiy­ah Mataram, Indonesia dalam menyalurka­n bantuan kemanusiaa­n kepada mereka yang memerlukan dan melakukan demonstras­i cara penggunaan alat penapis air untuk disalurkan kepada penduduk kampung, selain mengadakan perjumpaan dengan Yayasan Lombok Care, Yayasan Peduli Anak dan Tapak Rumah Sementara Lombok Utara.

Nurul Sarah berkata, Misi Kemanusiaa­n Lombok 2019 yang sebenar dijadualka­n berlangsun­g Julai ini mengalu-alukan sumbangan dan bantuan orang luar terutama dari segi kewangan.

“Hal ini kerana kami akan membawa sekurangku­rangnya 50 unit penapis air (Efinity EZ Water Filter) yang juga ciptaan rakyat Malaysia, Robest Yong dan Teng Yu-mein untuk digunakan di kawasan perkampung­an Lombok bagi mengatasi masalah kekurangan air minum bersih,” katanya.

Nurul Sarah berharap program itu dapat dijalankan dengan jaya, membawa impak positif kepada penduduk Lombok dan mahasiswa perubatan yang terbabit serta bukannya program one-off yang tidak mendatangk­an sebarang kesan.

“Dengan kerjasama Fakultas Ilmu Kesehatan, Universita­s Muhammadiy­ah Mataram, kami berharap dapat menyebarka­n maklumat kesihatan terutama membantu dalam isu air minum bersih dalam kalangan penduduk Lombok,” katanya.

 ??  ?? wakil Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) dan Universita­s Muhammadiy­ah Mataram (UMMAT). Pembentang­an program oleh Sarah selaku pengarah program kepada wakil UMMAT
wakil Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) dan Universita­s Muhammadiy­ah Mataram (UMMAT). Pembentang­an program oleh Sarah selaku pengarah program kepada wakil UMMAT
 ??  ?? Sesi bergambar bersama
Sesi bergambar bersama
 ??  ?? Kanak-kanak di Yayasan Peduli Anak menunaikan solat di kawasan permainan disebabkan masjid baharu masih dalam proses pembinaan.
Kanak-kanak di Yayasan Peduli Anak menunaikan solat di kawasan permainan disebabkan masjid baharu masih dalam proses pembinaan.
 ??  ?? Kanak-kanak yang tinggal di Yayasan Peduli Anak berkumpul sewaktu masa makan mereka.
Kanak-kanak yang tinggal di Yayasan Peduli Anak berkumpul sewaktu masa makan mereka.
 ??  ?? Rawatan fisioterap­i kepada anak kecacatan fizikal di Yayasan Lombok Care.
Rawatan fisioterap­i kepada anak kecacatan fizikal di Yayasan Lombok Care.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia