Berita Harian

Pindah ilmu akuaponik ke pedalaman Thailand

-

Songkhla: Isu keselamata­n makanan dan urbanisasi saling berkaitan apabila memerihalk­an kelestaria­n alam sekitar.

Peningkata­n jumlah penduduk yang meningkat di kawasan bandar akan memberi kesan langsung kepada pelbagai aspek sosioekono­mi, termasuk pembekalan sumber makanan dan jika tidak diuruskan dengan baik, pasti menjejaska­n industri penghasila­n serta agihan makanan.

Menyedari hakikat itu, sekumpulan 29 sukarelawa­n Universiti Malaya (UM) dari Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah mengambil inisiatif untuk berkongsi maklumat mengenai solusi kepada permasalah­an alam sekitar bersama penduduk pekan Chana yang terletak di pedalaman selatan Thailand.

Ketua delegasi sukarela wan itu, Nazmi Nor Kamarul Anua, berkata kemahiran membangunk­an sistem akuaponik dipilih kerana sifatnya mudah untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja, selain sumber rujukan mengenainy­a mudah didapati.

Katanya, aspek itu penting kerana objektif utama program adalah memberi ilmu kepada murid dan komuniti di kawasan itu dalam mengenal pasti permasalah­an berkaitan alam sekitar dan cara penyelesai­annya.

“Pemasangan dan perkongsia­n ilmu sistem akuaponik ini adalah sebahagian daripada program kemasyarak­atan antarabang­sa anjuran sukarelawa­n UM yang dinamakan

(REVOLVE) yang diadakan buat pertama kali.

Beri manfaat

“Antara lain, program ini menyediaka­n ruang dan peluang kesukarela­wanan yang cuba mendepani isu perpaduan dan kesamarata­an serantau tanpa mengenal batasan bangsa dan agama,” katanya.

Nazmi Nor berkata, pembinaan sistem akuaponik di lokasi itu bukan sahaja akan memberi manfaat secara langsung kepada murid sekolah yang tinggal di asrama, namun turut mengambil kira kelebihan keberadaan guru sains yang bakal menjadi ejen penyebaran ilmu kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, perkongsia­n sistem akuaponik yang dikendali sukarelawa­n UM itu terbahagi kepada tiga komponen utama meliputi pembinaan sistem, penjagaan ikan dan penjagaan tanaman.

“Bekas plastik polipropil­ena bersaiz 0.82 x 0.53 x 0.23 meter dijadikan perumah ikan, manakala bekas bersaiz 0.44 x 0.32 x 0.13 meter pula dijadikan bekas tanaman.

“Spesies ikan yang dipilih untuk sistem ini ialah tilapia merah manakala benih tomato serta salad pula digunakan untuk disemai di bahagian kotak tanaman,” katanya.

Aktiviti perkongsia­n ilmu itu diadakan di Sekolah Rendah Agama Tasdikiah yang terletak di pekan Chana, Songkhla, kira-kira 50 kilometer dari bandar Hatyai.

 ??  ??
 ??  ?? di Kampung Chana, Songkhla itu mampu membantu penduduk pedalaman Thailand melestarik­an alam dalam kehidupan seharian mereka
di Kampung Chana, Songkhla itu mampu membantu penduduk pedalaman Thailand melestarik­an alam dalam kehidupan seharian mereka
 ??  ?? Projek akuaponik yang dijalankan
Projek akuaponik yang dijalankan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia