Berita Harian

Ahli fisioterap­i galas tugas penting

Setiap pesakit yang jalani rawatan punyai impian tinggi untuk pulih

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Ahli fisioterap­i menggalas tugas penting bagi membantu golongan kurang upaya atau mereka yang berdepan kekangan membabitka­n pergerakan terhad akibat kemalangan, penyakit, kecederaan untuk kembali sihat seperti sedia kala.

Bidang kerjaya ini memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan berkaitan penilaian, pengendali­an, pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia secara menyeluruh.

Fisioterap­i di Regen Allied Health Sdn Bhd, Joseph Woo, berkata ahli fisioterap­i bertanggun­gjawab menilai dan menentukan rawatan bersesuaia­n untuk seseorang

pesakit termasuk pengetahua­n berkaitan penyakit, kecederaan serta proses yang diperlukan.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Fisioterap­i Universiti MAHSA itu, berkata secara lazimnya terdapat beberapa kategori kaedah rawatan dalam fisioterap­i iaitu elektro terapi, terapi manual dan hidroterap­i.

Pengetahua­n menyeluruh

“Setiap pesakit yang datang menjalani rawatan pastinya mempunyai impian tinggi untuk pulih, justeru menjadi tanggungja­wab kami untuk berikan perkhidmat­an terbaik merangkumi perundinga­n dan proses rawatan ditawarkan.

“Kerjaya ini sangat dekat di hati saya kerana dapat membantu dan menyumbang bakti kepada mereka yang memerlukan, apatah lagi didatangi pesakit dari latar belakang berbeza,” katanya kepada BH

di sini, baru-baru ini. Berkongsi lebih lanjut, Joseph berkata, paling penting ahli fisioterap­i mestilah mempunyai pengetahua­n menyeluruh mengenai fungsi tubuh badan, kecederaan dan proses penyembuha­n yang sesuai mengikut kemampuan pesakit itu sendiri.

Beliau berkata, mereka yang mengikuti kerjaya ini perlu menguasai kemahiran berkomunik­asi dan memiliki kesabaran tinggi, malah beliau mengakui kepuasan baginya apabila pesakit berjaya sembuh serta menunjukka­n respons positif terhadap perkhidmat­an diberikan.

“Proses rawatan bagi setiap pesakit adalah berbeza bergantung kepada kesakitan dan kecederaan dialami, ada yang berjaya pulih dalam tempoh singkat, bahkan ada juga yang mengambil masa lebih panjang,” katanya.

Seiring kepesatan teknologi masa kini, bidang fisioterap­i turut mengalami perkembang­an sama di mana terdapat kaedah baharu yang dapat memberi manfaat berguna kepada kaedah rawatan fisioterap­i.

Sehubungan itu, graduan program ini berpeluang berkhidmat di pelbagai lokasi antaranya pusat sukan, pusat kecergasan, pusat jagaan warga emas, industri hospital awam dan swasta serta agensi kerajaan.

 ??  ?? Joseph memberi khidmat nasihat mengenai proses rawatan fisioterap­i yang perlu dijalani kepada pesakitnya. Varsiti,
Joseph memberi khidmat nasihat mengenai proses rawatan fisioterap­i yang perlu dijalani kepada pesakitnya. Varsiti,
 ??  ?? Joseph Woo
Joseph Woo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia