Berita Harian

Moe-intel Elite Internship serlah potensi mahasiswa UTM

-

Johor Bahru: Seramai 14 pelajar daripada Fakulti Kejurutera­an Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terpilih untuk menjalani latihan di Intel melalui program Moe-intel Elite Internship, yang akan memberi pendedahan berkaitan perisian reka bentuk cip mengikut standard industri.

Pelajar terbabit adalah antara 100 mahasiswa dari enam universiti awam terpilih seperti Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UITM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program kolaborasi erat antara syarikat teknologi, Intel dengan Kementeria­n Pendidikan (KPM) yang diadakan baru-baru ini itu merupakan platform bagi memilih pelajar untuk menjalani latihan industri di organisasi berkenaan.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an BioPerubat­an UTM, Lim Jia Hui, berkata peserta perlu menghantar resume ketika permohonan dibuka terlebih dahulu sebelum disaring untuk menjalani tiga sesi temu duga yang ditetapkan.

Nilai tambah

Beliau berkata, pengalaman dan kemahiran ditimba dapat melatih dirinya untuk menghadapi dunia pekerjaan sebenar sejajar perkembang­an Revolusi Perindutsr­ian 4.0 (IR 4.0).

“Banyak pengalaman berguna yang diperoleh dalam program ini dan saya akan pastikan ia dimanfaatk­an sebaiknya kerana nilai tambah sebegini dapat membantu kami untuk bersedia menerokai alam kerjaya kelak.

“Pada masa sama, saya berharap segala tunjuk ajar dimiliki dapat diaplikasi­kan untuk membantu masyarakat sejagat selaras dengan harapan universiti,” katanya kepada BH Varsiti.

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik UTM, Muhammad Arif Hakimi Zamrai menyifatka­n kejayaan diraih berkat sokongan berterusan keduadua ibu bapanya serta pensyarah di universiti.

“Pemahaman yang kuat dalam bidang itu antaranya Verilog (Hardware Descriptio­n

dan antara faktor membantu saya terpilih menyertai program ini,” katanya.

Moe-intel Elite Internship ialah sebuah program kerjasama KPM dan Intel bertujuan mencungkil bakat baharu terutama golongan muda yang mempunyai daya pemikiran cerdas serta idea baharu berguna kepada perkembang­an teknologi pada masa hadapan.

 ??  ?? Pelajar UTM yang menjalani latihan amali merakamkan gambar kenangan di Pejabat Intel, Kulim Hi-tech Park, Kedah, baru-baru ini.
Language), C-programmin­g, Perl VLSI Gred
Pelajar UTM yang menjalani latihan amali merakamkan gambar kenangan di Pejabat Intel, Kulim Hi-tech Park, Kedah, baru-baru ini. Language), C-programmin­g, Perl VLSI Gred

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia