Berita Harian

UITM, BSN jalin kerjasama pengurusan perakaunan

-

Shah Alam: Majlis menandatan­gani memorandum perjanjian (MOA) antara Universiti Teknologi MARA (UITM) dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui Micro Finance Entreprene­urs (MFE) Analytics Pilot Project memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah universiti awam itu untuk membantu menambah baik pengurusan perakaunan pelanggan BSN Micro/i.

Pada majlis menandatan­gani perjanjian itu, UITM diwakili Naib Canselor UITM, Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai Kasim dan Dekan Fakulti Perakaunan UITM, Prof Dr Faizah Darus, manakala BSN diwakili Ketua Eksekutifn­ya, Datuk Yunos Abd Ghani dan Ketua Pegawai Perniagaan BSN, Mujibburra­hman Abd Rashid.

Prof Mohd Azraai berkata, melalui kerjasama itu, pensyarah dan pelajar dapat meningkatk­an kemahiran dalam bidang masingmasi­ng serta berpeluang menterjema­hkan apa yang dipelajari di dalam bilik kuliah kepada transaksi sebenar perniagaan.

Beliau berkata, inisiatif itu selari dengan aspirasi UITM untuk menggalakk­an pembabitan pensyarah dalam bidang pengajaran, pembelajar­an, penyelidik­an dan perundinga­n yang mampu meningkatk­an kualiti pensyarah serta pelajar sekali gus memberi manfaat kepada industri dan komuniti.

“Selain itu, perjanjian berkenaan juga diharap dapat membantu pensyarah menghasilk­an produk penyelidik­an yang boleh dikomersia­lkan, manakala bagi pelajar pula, ini adalah peluang untuk mereka mengaplika­sikan ilmu yang dipelajari di dalam bilik kuliah dengan menggunaka­n data perniagaan sebenar.

“Selaras dengan pembanguna­n sumber manusia negara yang kini tertumpu ke arah melahirkan tenaga kerja bertaraf dunia, berkaliber, berkemahir­an tinggi dan kompetitif.

“Kerjasama antara BSN dengan UITM ini juga adalah satu pendekatan berpotensi menyumbang ke arah mewujudkan budaya berinovasi dan kreatif bukan sahaja di BSN tetapi juga dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi khususnya di UITM,” katanya.

Usahawan mikro

Seramai 16 pensyarah dan 32 pelajar dari Fakulti Perakaunan UITM Puncak Alam, Selangor terbabit dalam MFE Analytics Pilot Project bagi membantu 50 usahawan mikro yang dibiayai oleh BSN untuk menguruska­n rekod perakaunan mereka.

Sementara itu, Yunos berkata, MFE Analytics Pilot Project yang berlangsun­g selama enam bulan bermula April lalu dan akan berakhir pada Oktober ini, memberi peluang kepada pelanggan BSN Micro/i untuk mempelajar­i dan mengguna pakai perisian perakaunan SPS Lite yang dibangunka­n oleh firma perakaunan SALIHIN.

Katanya, pelanggan juga diberikan pendedahan mengenai cara merekodkan transaksi perniagaan seperti jualan, belian, gaji pekerja sekali gus mempunyai data yang lebih teratur dan sistematik.

“Melalui maklumat kewangan yang ada, usahawan ini dapat mengenal pasti kedudukan kewangan perniagaan, aliran tunai, jumlah pendapatan dan mengawal kos serta perbelanja­an perniagaan harian, mingguan dan bulanan sekali gus memudahkan mereka untuk membuat pembayaran pinjaman, cukai, zakat dan berpeluang mengenal pasti punca kemerosota­n perniagaan serta mengelakka­n penyelewen­gan kewangan.

“Selain membantu usahawan mikro, saya berharap projek ini juga dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktik­kan kemahiran insaniah mereka ketika berurusan dengan usahawan terbabit malah kerjasama ini juga diharap menjadi batu loncatan untuk BSN menjalanka­n lebih banyak program pada masa akan datang bukan sahaja dari sudut komersial tetapi juga sosial,” katanya.

 ??  ?? Prof Mohd Azraai
(dua dari kiri) bersama Yunos (dua dari kanan), Mujibburra­hman (kanan) serta Prof Faizah pada majlis menandatan­gani MOA di UITM Shah Alam, baru-baru ini.
Prof Mohd Azraai (dua dari kiri) bersama Yunos (dua dari kanan), Mujibburra­hman (kanan) serta Prof Faizah pada majlis menandatan­gani MOA di UITM Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia