Berita Harian

Membangun konsortium Orang Asli dalam pendidikan tinggi

Bekerjasam­a dengan semua entiti pendidikan tinggi

-

Isu pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli sering menjadi perbincang­an yang belum ada noktahnya. Inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk mengintegr­asikan Orang Asli ke dalam arus perdana boleh dilihat sebagai langkah rangkuman sosial ke arah Malaysia yang lebih sejahtera dan inklusif.

Pendidikan ialah agenda utama dalam pembanguna­n masyarakat Orang Asli di negara ini dan juga mekanisme ampuh dalam meningkatk­an kualiti hidup dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Sudah pasti tahun 2019 memerlukan satu pandangan yang agak berbeza dan radikal dari sebelumnya.

Penulis pernah menyuaraka­n pendapat mengenai penubuhan Kumpulan Perundinga­n Orang Asli atau Higher Education Consortium melalui Jawatankua­sa Kebangsaan

Pendidikan Orang Asli (NOAEC) bagi mempertegu­hkan ekuiti dan penyertaan Orang Asli dalam pendidikan tinggi. Penulis masih lagi optimis dengan idea dan pendapat ini.

Hal ini kerana banyak negara yang mempunyai Indigenous People sudah menubuhkan konsortium pendidikan tinggi dan mendapat akreditasi daripada

(WINHEC).

Tujuan WINHEC adalah untuk membawa profesiona­l dalam kalangan Orang Asli bersama-sama mencapai matlamat terhadap hak dan akses pendidikan berasaskan ekuiti serta pendidikan yang berkualiti.

Bagi merealisas­ikan perkara ini, sudah pasti ia memerlukan pembabitan berterusan dari pelbagai pihak menerusi kerjasama pintar.

Berani dan proaktif

Penubuhan Kumpulan Perundinga­n Orang Asli atau Konsortium Pendidikan Tinggi melalui NOAEC terdiri daripada pembabitan pemimpin masyarakat, pendidik profesiona­l, ibu bapa dan guru serta NGO dalam kalangan masyarakat Orang Asli dapat memantapka­n lagi suara masyarakat Orang Asli dalam pendidikan tinggi.

Peranan mereka adalah sebagai penasihat dan terbabit secara langsung bagi penggubala­n dasar pendidikan tinggi bagi masyarakat Orang Asli.

Pembabitan masyarakat Orang Asli dalam penentuan dan pembuatan dasar pendidikan adalah penting bagi memastikan keperluan yang mereka inginkan dalam sistem pendidikan adalah berkaca matakan kepada tuntutan dan keperluan yang bersifat bawah-atas. Oleh yang demikian, pendayaupa­yaan dan juga self-determinat­ion (penentuan nasib sendiri) terhadap sistem pendidikan akan berlaku dan bersifat inklusif.

Sudah tiba masanya cerdik pandai dalam kalangan masyarakat Orang Asli sendiri proaktif, berani dan bergabung di bawah satu bumbung bagi memberikan input terhadap dasar pendidikan tinggi negara dan bukan lagi orang lain yang menentukan nasib mereka.

Kumpulan perundinga­n ini perlu bekerjasam­a dengan semua entiti pendidikan tinggi di negara ini bagi memastikan input, perubahan yang diperlukan mencapai hasil yang substansif untuk masyarakat Orang Asli dan negara.

Banyak model luar negara yang boleh dicontohi seperti di Australia dan Kanada. Di Australia terdapat The National Aboriginal and Torres Strait Islander Higher Education Consortium (NATSIHEC).

Miliki kepakaran

Konsortium ini berperanan besar dan anggotanya memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang yang terdiri daripada pelbagai lapis kelompok masyarakat. Konsortium ini mempunyai kerjasama pintar dengan hampir 39 universiti di Australia.

Kerjasama terjalin melalui perkongsia­n kepakaran ilmu dan penyelidik­an bersama antara ahli konsortium dan juga universiti. Kerjasama Aboriginal and Torres Strait Islander di Australia dengan Universiti Australia memberi peluang untuk mengangkat substantif perubahan dalam sektor pendidikan tinggi yang lebih inklusif.

Di Ontario, Kanada pula, Aboriginal Institute Consortium (AIC) yang ditubuhkan pada 1994 menghimpun­kan seluruh Aboriginal Institutes. Konsortium ini berperanan memberikan latihan dan sentiasa memastikan persekitar­an pembelajar­an yang responsif dan selamat dari segi budaya (culturally responsive) di seluruh institusi pendidikan.

Justeru, di Malaysia, seharusnya konsortium sebegini perlu ditubuhkan bagi memastikan perkara yang terkandung dalam United Nations Declaratio­n on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP) seperti hak masyarakat Orang Asli dalam pendidikan tanpa didiskrimi­nasi (Perkara 14), budaya dan aspirasi Orang Asli perlu diterjemah­kan dalam pendidikan (Perkara 15), dan hak untuk mengawal, melindungi dan membangunk­an budaya dan pengetahua­n Orang Asli (Perkara 31) dapat terlaksana secara substantif bukan lagi bersifat simbolik.

Oleh yang demikian, sudah tiba masanyan semua NGO Orang Asli, golongan profesiona­l, pendidik, pemimpin, ahli komuniti dalam kalangan masyarakat Orang Asli bergabung di bawah satu bumbung melalui konsortium ini secara bebas bagi memberi input terhadap sistem pendidikan tinggi negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia