Berita Harian

Belajar sofbol di Amerika

Pembabitan aktif sukan, aktiviti kolej beri nilai tambah untuk Basyirah tempuhi alam pekerjaan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Jika melihat kepada personalit­inya mungkin ramai tidak menyangka Nur Basyirah Roslan, 20, memiliki minat mendalam terhadap sukan sofbol.

Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Kimia, Universiti Malaya (UM) itu berkata, walaupun sukan lasak itu lebih sinonim dengan kaum lelaki, perkara itu tidak sekali-kali menjadi halangan untuknya menerokai sukan berkenaan dengan lebih mendalam.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, beliau sentiasa memegang kepada prinsip bersungguh­sungguh dalam setiap perkara dilakukan dan tidak takut untuk mencuba sesuatu perkara baharu, bahkan dia percaya kegagalan yang ditempuhi mampu mematangka­n diri untuk menjadi lebih baik.

“Antara kenangan manis ketika menuntut di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Negeri Sembilan, ialah saya antara mereka yang dipilih

mengikuti program pertukaran pelajar ke Amerika Syarikat (AS) selama enam bulan dan kami berpeluang menjalani kehidupan sebagai remaja Amerika serta mencuba pelbagai aktiviti baharu termasuk sukan sofbol.

“Banyak pengalaman ditimba dalam program itu dengan kebetulan saya ditempatka­n di sekolah Richmond High School yang mempunyai pasukan sofbol wanita yang amat kuat dan membantu saya meningkatk­an kebolehan diri, malah minat ini diteruskan ke peringkat universiti termasuk menyertai pasukan Panthers UM Softball,” katanya kepada BH Varsiti, baru-baru ini.

Asam garam hidup

Tidak terhad kepada bidang sukan, Nur Basyirah juga aktif dalam pelbagai aktiviti anjuran kolej, malah anak muda itu yakin pembabitan­nya itu memberi nilai tambah untuk dia menempuh alam pekerjaan kelak.

Anak kelahiran Bangi Selangor itu berkata, penyertaan mahasiswa dalam acara luar kampus secara tidak langsung dapat meningkatk­an lagi kemahiran insaniah mereka, selain platform berkesan ke arah membina jati diri pada tahap terbaik.

“Sofbol banyak membantu saya meningkatk­an kemampuan dan keyakinan diri serta semangat kerja berpasukan, contohnya perlu membuat sesuatu keputusan tepat dalam masa singkat ketika menghadapi sesuatu perlawanan penting.

“Bagi saya cabaran, dugaan dan kegagalan yang kita lalui itu menjadi asam garam dalam kehidupan tetapi sekali kita berjaya mengecapi kejayaan membanggak­an, kita akan lupa kepayahan mahupun keperitan yang dilalui sebelum ini,” katanya.

Nur Basyirah berkata, beliau bertuah kerana keluargany­a sentiasa memberi

sokongan padu terhadap setiap perkara dilakukan, malah sering memberi motivasi dan semangat untuk dirinya terus melakar kecemerlan­gan.

“Walaupun bergiat aktif dalam aktiviti kampus dan sukan di universiti, fokus terhadap pengajian tetap menjadi keutamaan kerana bagi saya pengurusan masa dengan seimbang menjadi kunci penting untuk membantu seseorang pelajar mencipta kejayaan,” katanya.

 ??  ?? Basyirah (belakang, tiga dari kanan)bergambar bersama-sama pasukannya dan pemain pasukan lawan pada satu perlawanan sofbol, baru-baru ini..
Basyirah (belakang, tiga dari kanan)bergambar bersama-sama pasukannya dan pemain pasukan lawan pada satu perlawanan sofbol, baru-baru ini..
 ??  ?? Fahmi turut aktif dalam kegiatan berpesatua­n di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Fahmi turut aktif dalam kegiatan berpesatua­n di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
 ??  ?? Basyirah berani mencuba perkara baru.
Basyirah berani mencuba perkara baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia