Berita Harian

UPSI sediakan bahan Pdpc

15 produk inovasi pendidikan galak pelajar minat STEM

- Oleh Nas Norziela Nasbah

Pola Ayat Kerja Bahasa Arab, Aplikasi Perumpamaa­n Berasaskan

Mari Belajar Bentuk (Prasekolah),

E-rakan, Komik STEM,

serta Kit Simulasi Solat dan Sains untuk Kanak-kanak.

Katanya, produk inovasi pendidikan itu adalah hasil kajian daripada dana penyelidik­an KPM dan UPSI yang bersifat mesra pengguna seterusnya membabitka­n penggunaan teknologi terkini, efisien dan signifikan memenuhi kehendak guru serta pelajar pada masa ini.

Integrasi teknologi AR

“Produk inovasi pendidikan UPSI siri pertama yang sudah dilancar ialah STEM Roll-a-dice yang dibangunka­n berlandask­an Pendidikan 4.0 dengan mengintegr­asikan komponen pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

“Permainan STEM Rolla-dice direka dengan menampilka­n lima bidang kerjaya berkaitan STEM seperti pendidikan, pertanian, industri, robotik dan perubatan,” katanya.

Produk inovasi pendidikan itu berbeza berbanding papan permainan konvension­al kerana STEM Roll-a-dice mengintegr­asikan teknologi realiti berperanta­ra (augmented reality) dan permainan itu mengandung­i lebih 250 soalan berkaitan subjek STEM yang terpapar secara rawak.

STEM Roll-a-dice dibangunka­n oleh Dr Muhd Ibrahim Muhamad Damanhuri dan Abd Rahman Ali Bashah yang bertindak sebagai penyelidik produk itu.

Sementara itu, Muhd Ibrahim berkata, produk itu boleh diperoleh menerusi pelantar Google Playstore dengan nama STEM roll-a-dice (BM).

“Permainan maya terbabit dapat menyemai minat pelajar terhadap subjek STEM dan menggalakk­an mereka menceburi bidang kerjaya dalam bidang itu.

“Dengan adanya rekaan grafik maya yang menarik melalui telefon pintar masing-masing, pelajar akan lebih memahami subjek atau pengetahua­n baharu mengenai STEM seterusnya menggalakk­an mereka menggemari bidang itu,” katanya.

 ??  ?? STEM Roll-a-dice menyemai minat murid dalam subjek STEM, sekali gus menggalakk­an golongan itu menceburi bidang itu pada masa hadapan.
STEM Roll-a-dice menyemai minat murid dalam subjek STEM, sekali gus menggalakk­an golongan itu menceburi bidang itu pada masa hadapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia