Berita Harian

UNITEN meterai MOU tingkat aktiviti penyelidik­an

-

Putrajaya: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) memeterai memorandum persefaham­an (MOU) dengan Marvel Harvest Sdn Bhd (Marvel Harvest) dan Chang Dynasty Resources Sdn Bhd (Chang Dynasty Resources) bagi menjalanka­n projek serta pembanguna­n aktiviti penyelidik­an, baru-baru ini.

Naib Canselor UNITEN, Datuk Prof Ir Dr Kamal Nasharuddi­n Mustapha, berkata MOU itu membabitka­n kerjasama pertukaran idea dan kemudahan dengan keduadua organisasi termasuk penyediaan kertas cadangan projek dan lawatan oleh kakitangan organisasi berkenaan dengan pihak universiti.

Katanya, kerjasama itu bukan sahaja membabitka­n penyertaan dalam latihan, seminar, persidanga­n dan bengkel tetapi juga bidang penyelidik­an.

“Kerjasama bersama-sama Marvel Harvest untuk membangunk­an penyelidik­an biogas di UNITEN di mana hasil yang diperoleh melalui Badan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) untuk Tenaga Boleh Diperbahar­ui yang diketuai Profesor Kursinya, Prof Ir Dr Abd Halim Shamsuddin akan digunakan sepenuhnya di ladang tenusu milik syarikat itu,” katanya ketika ditemui di sini, barubaru ini.

Kemudahan penyelidik­an

Majlis MOU itu menyaksika­n Marvel Harvest diwakili Pengarah Urusannya, Abdul Kadier Sahib manakala Chang Dynasty Resources juga diwakili Pengarah Urusannya, Eric Lee Chang Yee.

Sementara itu, Prof Abd Halim berkata, pihaknya akan menyediaka­n kemudahan penyelidik­an pembanguna­n dan pemakaian penggalian biogas untuk mencapai proses penggantia­n yang stabil.

“Selain itu, kami juga akan mendapatka­n pengeluara­n biogas yang lebih tinggi melalui pencernaan buangan ternakan dengan sisa pertanian lain. Kemudahan sistem penggalian biogas akan dipasang di pusat ruminan di Bintulu oleh Marvel Harvest,” katanya.

Kerjasama UNITEN dengan Chang Dynasty Resources pula membabitka­n pembanguna­n hartanah, mewujudkan rumah pintar dan teknologi pintar bandar serta membangunk­an kemajuan teknologi berdaya maju untuk aplikasi dalam bidang hartanah.

 ??  ?? Prof Kamal Nasharuddi­n (duduk empat dari kiri) bersama-sama wakil daripada Marvel Harvest dan Chang Dynasty Resources pada satu majlis MOU baru-baru ini
Prof Kamal Nasharuddi­n (duduk empat dari kiri) bersama-sama wakil daripada Marvel Harvest dan Chang Dynasty Resources pada satu majlis MOU baru-baru ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia