Berita Harian

DPMM dakwa AGM 15 Jun tidak sah

Mesyuarat bertujuan kelirukan ahli, rampas kuasa daripada kepemimpin­an sah

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendakwa mesyuarat agung tahunan (AGM) yang dilaksanak­an pada 15 Jun oleh 18 bekas ahli DPMM tidak sah di sisi undangunda­ng pertubuhan dan perlembaga­an dewan perniagaan itu.

DPMM dalam satu kenyataan, berkata penganjura­n mesyuarat tidak sah itu adalah satu penipuan besar dan dipercayai dibuat dengan tujuan untuk merampas kuasa daripada kepemimpin­an DPMM yang

sah, mengeliruk­an serta memperdaya ahli DPMM serta masyarakat umum.

“Dalam AGM berkenaan, Datuk Seri Syed Hussein dilantik sebagai presiden baharu oleh bekas ahli yang turut sama bersubahat dalam perbuatan menyalahi undang-undang ini.

“Untuk rekod, keahlian Syed Hussein dan 17 nama lagi tergugur secara automatik berkuat kuasa pada 13 September 2018 mengikut fasal 27.6.6 dan 8.12.5 Perlembaga­an DPMM susulan saman pemula ke atas DPMM seperti yang diputuskan secara sebulat suara dalam mesyuarat agung DPMM Ke-52 pada 22 November tahun lalu serta diperakui Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan Malaysia (ROS),” katanya.

Buat laporan polis

Dalam kenyataan sama, DPMM turut menyenarai­kan nama 18 bekas ahli DPMM yang dipercayai terbabit dengan penganjura­n AGM tidak sah iaitu Syed Hussein; Fauzi Hassan; Abdul Halim Husin; Norsyahrin Hamidon; Datuk Syed Ali Alattas; Abdul Rahman Yaakub; Yusri Yusof; Mohd Azmi Ali; Zuhaizar A Karim; Harun Mahmud; Mohd Rasit Saleh, Md Pishal Ab Raub; Mohd Zayad Md Ismail; Muhammad Farhan Basheer Ahamed; Mohd Yusrizal Omar, Awang Sham Amat; Hamzah Paravil Moideom; dan Samani Amat.

“Adalah dimaklumka­n bahawa Presiden DPMM yang sah di sisi undang-undang ketika ini masih lagi Rizal Faris Mohideen Abdul Kader, seperti dalam rekod eroses terkini di bawah kelolaan ROS, malah laporan polis juga dibuat untuk tindakan susulan.

“DPMM berharap tindakan selanjutny­a ke atas penganjur AGM tidak sah ini akan diambil secepat mungkin bagi mengelakka­n kekeliruan di kalangan ahli DPMM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia