Berita Harian

Bank Rakyat sasar pinjaman Ar-rahnu meningkat

Kempen Emas 2 Kilo dijangka tarik pertambaha­n pelanggan sehingga lima peratus

-

27 Oktober ini.

Ketua Pembiayaan Runcitnya, Fatayal Anshori Abdussyuku­r, berkata menerusi kempen berkonsepk­an ‘Pajak dan Menang’ yang bermula esok itu, Bank Rakyat turut menjangkak­an pertambaha­n pelanggan sehingga lima peratus daripada 710,000 pelanggann­ya ketika ini.

“Kempen ini adalah untuk menggalakk­an lebih ramai pelanggan menggunaka­n khidmat Pajak Gadai-i Ar-rahnu dan Ar-rahnu X’change bagi meraih pinjaman sehingga RM350,000.

RM400,000 ditawarkan

“Menerusi Kempen Emas 2 Kilo ini, sebanyak 26 hadiah dengan nilai keseluruha­n berjumlah hampir RM400,000 atau dua kilogram emas ditawarkan bersempena dengan 26 tahun pinjaman ini diperkenal­kan oleh Bank Rakyat,” katanya kepada media selepas pelancaran kempen itu di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Naib Pengerusi Perniagaan Ar-rahnu Bank Rakyat, Dr Mokhrazini­n Mokhtar.

Pemenang hadiah utama Kempen Emas 2 Kilo akan memenangi emas sdeberat satu kilogram yang akan diumumkan selepas kempen berakhir. Hadiah lain yang ditawarkan termasuk enam seberat 500 gram, 150 gram, dan 22 pemenang emas seberat 10 gram.

Pelanggan boleh menyertai kempen berkenaan di 185 cawangan Bank Rakyat dan 74 francais Ar-rahnu X’change.

Fatayal Anshori berkata, Arrahnu adalah antara plaform Bank Rakyat dalam menyokong kelestaria­n usaha membangunk­an usahawan.

Jana modal cepat

“Menerusi Ar-rahnu, kita boleh melahirkan lebih ramai usahawan menerusi penjanaan modal dengan cepat.

“Sehubungan itu, kempen ini bertujuan untuk mendidik masyarakat bahawa emas menjadi satu aset yang boleh dilaburkan untuk meningkatk­an taraf ekonomi individu dan berupaya menjana ekonomi negara,” katanya.

Sebelum ini, Bank Rakyat memperkena­lkan Kempen Emas 1 Kilo yang berlangsun­g pada 1 Ogos 2017 hingga 31 Julai 2018.

Menerusi kempen berkenaan, perniagaan Ar-rahnu Bank Rakyat berjaya merekodkan peningkata­n pengeluara­n pinjaman sebanyak 20.24 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS /BH] ?? Dari kiri, Dr Mokhrazini­n,
Fatayal Anshori, Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Edham Reza Shah Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakyat Management Services (RMS),
Mohd Shaifuddin Abdullah pada pelancaran Kempen Emas 2 Kilo di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS /BH] Dari kiri, Dr Mokhrazini­n, Fatayal Anshori, Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Edham Reza Shah Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakyat Management Services (RMS), Mohd Shaifuddin Abdullah pada pelancaran Kempen Emas 2 Kilo di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia