Berita Harian

Maskargo terima pensijilan halal, sedia teroka pasaran AS$2 trilion

-

Bahagian kargo Malaysia Airlines Bhd, MAS Kargo Sdn Bhd (Maskargo) bersedia untuk meneroka pasaran halal global bernilai AS$2 trilion setahun, berikutan kini keupayaan pengendali­an penghantar­an halalnya menerima pensijilan Halal Malaysia.

Pensijilan itu dikeluarka­n oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Pasaran halal global kini bernilai hampir AS$2 trilion setahun. Saya gembira untuk berkongsi bahawa Maskargo kini sebahagian daripada rantaian logistik halal; bersedia dan mempunyai keupayaan untuk meneroka pasaran terbabit,” kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Ibrahim Mohamed Salled dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, bersama JAKIM, semua proses dikaji semula dan dipinda untuk memenuhi keperluan ketat dalam mengekalka­n integriti Halal, selain menambah kemudahan tambahan untuk memenuhi keperluan mengekalka­n pengasinga­n dan pemisahan antara penghantar­an Halal dan bukan Halal.

“Kami kemungkina­n besar adalah Pengendali Terminal Kargo yang pertama di dunia diklasifik­asikan sebagai pengendali kargo Halal daripada Pengawal Selia Hal Ehwal Islam yang terkemuka dan diiktiraf pada peringkat global untuk produk Halal,” kata Ibrahim.

720 kilogram tiba di Narita

Susulan pensijilan terbabit, Maskargo telah menghantar makanan beku sebanyak 720 kilogram ke Jepun di bawah perkhidmat­an Logistik Halalnya melalui penerbanga­n MH 088 yang berlepas dari Kuala Lumpur pada 11.30 malam pada 24 Jun dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Narita pada 7.40 pagi keesokan harinya.

Penghantar­an itu ditempah oleh Nippon Express (Malaysia) Sdn Bhd.

Mengulas mengenai penghantar­an terbabit, Pengurus Besar Bahagian Logistik Halal Nippon Express, Roslan Osman, berkata rantaian bekalan halal bersepadu berjaya dilaksanak­an melalui kerjasama tersebut antara pihak berkepenti­ngan dalam ekosistem halal.

“Pensijilan halal menjadikan mengekspor­t produk ke pasaran Islam lebih mudah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia