Berita Harian

FBM KLCI susut 2.12 mata

Pelabur kurang beli saham jejas prestasi pasaran tempatan

-

Bursa Malaysia merosot semalam, mengambil petunjuk daripada pasaran global yang mencatat prestasi rendah, berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran.

Pada penutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.12 mata untuk ditutup kepada 1,674.49 berbanding 1,676.61 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks, yang dibuka rendah 2.38 mata kepada 1,674.23, bergerak antara paras terendah pada 1,672.59 dan paras tertinggi pada 1,677.17 sepanjang hari.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 395 berbanding 305, manakala 447 kaunter tidak berubah, 746 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan, bagaimanap­un, meningkat kepada 1.83 bilion unit bernilai RM1.55 bilion daripada 1.78 bilion unit bernilai RM1.75 bilion kelmarin.

Ketua Penyelidik­an Inter-pacific

Securities, Pong Teng Siew, berkata pasaran berada pada paras semasa dengan dagangan kecil berbanding purata harian, berikutan kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran.

Beliau berkata pasaran reda seketika dengan tidak banyak pergerakan dilihat dalam FBM KLCI.

“Bagaimanap­un, saya menjangka akan terdapat lonjakan pada Jumaat. Indeks dijangka melebihi 1,680,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Asia Pasifik, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata pada masa depan, FBM KLCI akan mengukuh selepas keadaan terlebih beli dan mendapat semula momentum meningkat, menjejaki lebih banyak penurunan di Wall Street berikutan testimoni Rizab Persekutua­n (Fed) yang tidak pasti dan harga komoditi yang merosot.

“Saham rendah dan dolar Amerika Syarikat AS meningkat semula daripada paras terendah dalam tempoh tiga bulan selepas bank pusat AS mengganggu jangkaan penguranga­n kadar yang lebih besar daripada biasa dan sentimen terus berhati-hati menjelang pertemuan antara pemimpin Amerika Syarikat (AS) dan China pada minggu ini,” kata Nazri.

Reaksi itu menyusul selepas Presiden AS Donald Trump mengkritik Fed pada Isnin kerana tidak mengurangk­an kadar faedah pada minggu lepas dan kerana menaikkan kadar faedah terlalu cepat pada tahun lalu.

Di Asia, Nazri berkata, pasaran kurang mendapat sokongan pada awal hari ini berikutan berita mengenai petunjuk yang memihak kepada kadar faedah rendah daripada Fed selain pendirian berhatihat­i menjelang Sidang Kemuncak G20 yang dijadualka­n pada Jumaat ini apabila pemimpin daripada dua ekonomi terbesar dunia akan mengadakan pertemuan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.92, Public Bank tidak berubah pada RM23.02 dan Tenaga merosot 22 sen kepada RM13.78.

Sementara itu, CIMB menambah empat sen kepada RM5.38 dan IHH Healthcare naik dua sen kepada RM5.80.

Bagi saham aktif, Lambo dan Impiana, masing-masing tidak berubah pada 6.5 sen dan empat sen.

V.S. Industry merosot tiga sen kepada RM1.09 dan Focus Dynamic naik dua sen kepada 18 sen.

Indeks FBM Emas jatuh 14.57 mata kepada 11,792.65, Indeks FBMT 100 susut 15.47 mata kepada 11,646.73 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 36.95 mata kepada 12,126.62.

FBM 70 merosot 22.13 mata ke

14,613.30 manakala FBM Ace naik 63.31 mata kepada 4,455.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan menambah 25.67 mata kepada 16,732.60, Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an susut 0.26 mata kepada 160.77 manakala Indeks Perladanga­n turun 3.28 mata kepada 6,972.98.

Jumlah dagangan Pasaran Utama, bagaimanap­un, naik kepada 1.1 bilion saham bernilai RM1.38 bilion daripada 1.03 bilion saham bernilai RM1.55 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 424.78 juta unit bernilai RM91.33 juta daripada 471.8 juta unit bernilai RM128.97 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 303.02 juta saham bernilai RM70.16 juta daripada 283.54 juta saham bernilai RM68.55 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmat­an menyumbang 228.98 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustr­ian dan perkhidmat­an (191.49 juta), pembinaan (86.74 juta), teknologi (90.54 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (43.71 juta), hartanah (188.64 juta), perladanga­n (9.61 juta), REITS (5.92 juta), dana tertutup (4,000), tenaga (157.14 juta), penjagaan kesihatan (13.82 juta), telekomuni­kasi dan media (46.74 juta), pengangkut­an dan logistik (20.66 juta) dan utiliti (11.68 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia