Berita Harian

Bursa Asia susut seiring prestasi global

-

Saham Asia susut manakala dolar Amerika Syarikat (AS) meningkat daripada paras terendah tiga bulan selepas pegawai Rizab Persekutua­n AS (Fed) menghangat­kan jangkaan dalam pasaran dengan pelonggara­n dasar monetari agresif.

Dalam dagangan awal European, niaga hadapan Euro Stoxx 50 susut 0.29 peratus, DAX Jerman jatuh 0.31 peratus dan FTSE Britain merosot 0.26 peratus.

Selasa lalu, Pengerusi Fed, Jerome Powell, berkata bank pusat itu menolak permintaan Presiden AS, Donald Trump untuk mengurangk­an kadar faedah yang ketara.

Powell, bagaimanap­un, berkata penggubal dasar Fed sedang bergelut dengan persoalan ketidakten­tuan tarif AS, konflik Washington dengan rakan dagang dan inflasi ketara yang memerlukan pemotongan.

Dalam komen berasingan, Presiden Fed St. Louis, James Bullard, memberitah­u Bloomberg Television bahawa beliau tidak fikir ekonomi AS cukup mengecewak­an untuk penguranga­n kadar faedah 50 mata asas pada Julai, walaupun beliau menggesa kadar lebih rendah minggu lalu.

Pasaran ekuiti mencatat kenaikan bulan ini, dengan saham Wall Street menokok kepada paras tertinggi selepas Fed membuka ruang kepada kemungkina­n pemotongan kadar faedah seawal bulan depan.

Menurut data terkini program Fedwatch, niaga hadapan dana persekutua­n menunjukka­n peniaga kini melihat peluang 27 peratus daripada kadar penurunan Fed sebanyak setengah mata peratusan pada Julai, berbanding 42 peratus pada hari Isnin.

Isnin lalu, Trump dalam laman Twitter, berkata Fed ‘tidak mengetahui apa yang yang dilakukan” dan menambah ‘meningkatk­an kadar faedah terlalu cepat’ dan ‘hembuskan’ memandangk­an inflasi rendah dan pertumbuha­n global yang perlahan.

Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.15 peratus, menjejaki kerugian semalaman di Wall Street.

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Dolar AS meningkat daripada paras terendah tiga bulan.
[ FOTO AFP ] Dolar AS meningkat daripada paras terendah tiga bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia