Berita Harian

‘Siasat semula ikut arahan Peguam Negara’

Mazlan nafi polis buat keputusan

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bharian.com.my Kuala Lumpur

Klasifikas­i semula siasatan polis berhubung kematian Teoh Beng Hock mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan berdasarka­n keputusan Pejabat Peguam Negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata siasatan

semula oleh polis tertakluk kepada arahan pihak pendakwa raya dan bukan keputusan pihaknya.

Tak perlu komen

“Peguam Negara sudah buat keputusan. Saya tak perlu komen lebih daripada keputusan pendakwa raya.

“Kita jalankan siasatan mengikut apa yang ditetapkan oleh pihak pendakwa raya. Lebih elok soalan ini ditujukan kepada mereka,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Mazlan sebelum itu menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia kali ke-84 yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara merangkap Yang Dipertua koperasi, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Semalam, kumpulan yang menuntut keadilan bagi kematian Beng Hock menggesa penjelasan Peguam Negara berhubung klasifikas­i semula siasatan polis kes berkenaan.

Pengerusi Teoh Beng Hock Trust For Democracy, Ng Geok Chee memaklumka­n klasifikas­i semula itu bercanggah dengan penghakima­n Mahkamah Rayuan pada 2014 yang memutuskan bahawa seorang atau lebih individu, termasuk pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebabka­n kematian Beng Hock.

Sebelum ini, siasatan kes berkenaan dibuat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kematian secara cuai atau membunuh tanpa niat.

Menahan/mengurung secara salah.

Siasatan semula kes dijalankan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu menahan/mengurung secara salah.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan sama.

Mendiang ialah Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembanguna­n Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan ketika itu.

Peguam Negara sudah buat keputusan. Saya tak perlu komen lebih daripada keputusan pendakwa raya” Mazlan Mansor, Timbalan Ketua Polis Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia