Berita Harian

KDEBWM ambil alih operasi 1 Julai

Syarikat wujud CCC selaras aduan menerusi aplikasi dalam talian Iclean

- illahhafiz.abdul aziz. Kuala Lumpur Oleh Ilah Hafiz Aziz

KDEB Waste Management (KDEBWM) bakal mengambil alih perkhidmat­an pengurusan kutipan sampah domestik di kawasan pentadbira­n Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dengan kos operasi sebanyak RM10 juta setahun, bermula 1 Julai ini.

Ia selaras arahan kerajaan negeri supaya KDEBWM yang juga syarikat milik Kerajaan Selangor melalui pegangan saham Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), mengambil

alih pengurusan sisa pepejal di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT), termasuk MDHS.

Yang Dipertua MDHS, Shukri Mohamad Hamin, berkata bilangan penduduk semakin bertambah memberikan cabaran kepada MDHS dari segi capaian, servis dan kualiti kutipan sisa pepejal.

Beliau berkata, pihak MDHS berharap servis pengurusan sisa pepejal selepas pengambila­lihan oleh KDEBWM adalah lebih baik, efektif dan sekali gus mengurangk­an aduan daripada penduduk.

Jaga prestasi kontraktor

“Saya berharap pihak KDEBWM sentiasa menjaga prestasi kontraktor serta memastikan tiada sebarang masalah aduan tertunggak dan kutipan sampah di tapak yang boleh menyebabka­n masalah gangguan bau, estetika serta gangguan lalat dan haiwan lain.

“Pembaharua­n dibawa KDEBWM ialah pengurusan aduan sistematik dan berteknolo­gi tinggi, iaitu dengan pewujudan Centralize Command Center (CCC) yang akan menyelaras setiap aduan diterima melalui aplikasi aduan dalam talian, Iclean,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kompaktor bagi Pengurusan Kutipan Sampah Domestik di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan KDEBWM, Ramli Mohd Tahir.

Shukri berkata, setiap persempada­nan zon di lapangan sudah dibahagi dan disusun dengan teliti oleh KDEBWM bagi memastikan perkhidmat­an kutipan diberi adalah sempurna mengikut spesifikas­i ditetapkan dalam syarat perjanjian dipersetuj­ui bersama oleh majlis.

“Berdasarka­n penelitian dalam perancanga­n dan kelengkapa­n logistik baharu oleh KDEBWM, pihak majlis berharap perkhidmat­an kutipan sisa pepejal yang akan dilaksanak­an dapat memberi kesan positif kepada warga Hulu Selangor,” katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 23 lori kompaktor dilengkapi pelbagai peralatan dan teknologi canggih, diserahkan kepada subkontrak­tor untuk kegunaan kerja kutipan sampah domestik di kawasan Hulu Selangor.

 ??  ?? Shukri (tengah) bersama Ramli (kiri) pada Majlis Penyerahan Kompaktor bagi Pengurusan Kutipan Sampah Domestik di Kuala Kubu Bharu, semalam.
Shukri (tengah) bersama Ramli (kiri) pada Majlis Penyerahan Kompaktor bagi Pengurusan Kutipan Sampah Domestik di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia