Berita Harian

31 kawasan di Klang alami gangguan air

-

Shah Alam: Sebanyak 31 kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas paip utama berukuran 1,050 milimeter dari Kolam Terminal Bukit Jelutong ke Kolam Lipat Kajang bocor.

Ketua Jabatan Perhubunga­n Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, kebocoran paip utama itu berlaku berhampira­n Dataran Automobil, Persiaran Selangor, di Seksyen 15, di sini, awal pagi semalam disebabkan kerja-kerja pihak ketiga.

“Susulan kebocoran itu, sebanyak 31 kawasan dengan jumlah akaun berdaftar sebanyak 99,454 akaun akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Kerja pembaikan

“Insiden ini juga mengakibat­kan penguranga­n sebanyak 70JLH (Juta Liter Sehari) ke Kolam Air Lipat Kajang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kerja pembaikan akan dilaksanak­an dengan segera dan pihaknya mensasarka­n kerja pembaikan disiapkan dalam tempoh 24 jam.

Katanya, pengguna boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my bagi mendapatka­n maklumat dan status terkini.

Kawasan terjejas

Kawasan terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan rendah adalah Ambang Botanic, Johan Setia, Taman Klang Jaya, Bayu Perdana, Kem Rimba (Shah Alam), Taman Palm Grove, Bayu Tinggi, Kampung Raja Udan Taman Petaling Indah, Bayumas, Pandamaran, Taman Radzi dan Bandar Botanic.

Selain itu. Persiaran Raja Muda Musa, Taman Selatan, Bandar Bukit Tinggi 1, Taman Bijaya Kampung Jawa, Taman Sentosa, Bandar Bukit Tinggi 2, Taman Chi Liung, Taman Sri Andalas dan Bandar Parkland.

Kawasan lain ialah Taman Desawan, Taman Summit (Shah Alam), Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Taman Gembira, Teluk Gadong Besar, Jalan Klang Banting, Taman Intan (Shah Alam), Teluk Gadong Kecil dan Jalan Raja Nong.

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Orang ramai mengambil bekalan air bersih yang disediakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd di Pusat Khidmat Setempat (PKS) Bandar Parklands.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Orang ramai mengambil bekalan air bersih yang disediakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd di Pusat Khidmat Setempat (PKS) Bandar Parklands.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia