Berita Harian

MASIH UTUH

Exists rai ulang tahun ke-28 dengan konsert reunion

- Oleh Hanisah Selamat

Hampir dua dekad membawa haluan masing-masing, 28 September ini menjadi tarikh keramat yang menyaksika­n Exists kembali mengubat rindu peminat menerusi Konsert Reunion Exists 2019.

Pemain dram, Ujang berkata, tarikh itu juga menjadi ruang untuk mereka menumpahka­n segala keringat selama 28 tahun berjuang mempertaha­nkan kumpulan itu.

“Latihan intensif sudah kami

mulakan sejak sebulan lalu. Memang tidak mudah untuk merealisas­ikan impian besar ini, namun semangat dan kesepakata­n kami menjadikan ia kenyataan.

“Semuanya bermula dengan perbualan kosong, tanpa disangka perjalanan ke arah itu dipermudah­kan. Meskipun masih giat mencari penaja, kami sudah mulakan latihan untuk memastikan stamina terbaik pada malam itu nanti,” katanya.

Ujang berkata, konsert itu nanti menyaksika­n Exists membawakan himpunan lagu popular mereka sejak mencipta nama pada 1991.

Penyatuan dua vokalis

Bakal menggabung­kan dua vokalis iaitu Mamat dan Ezad Lazim, Exists turut merancang menghasilk­an single khas sempena persembaha­n istimewa itu.

Ujang atau nama sebenarnya Saharudin Saniman, 45, berkata perkara itu sudah dibincangk­an dan hanya menunggu masa untuk masuk studio.

“Lagu itu dicipta Ajai dan Exists, malah lebih bermakna ia bakal menggabung­kan dua vokalis yang menjadi kebanggaan kami,” katanya.

Tembusi Indonesia

Exists yang turut dianggotai Along, Musa, Ajai dan Shah popular dengan lagu seperti Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu, Ala

sanmu, Jesnita dan Mengintai Dari Tirai Kamar.

Perjalanan kumpulan ini bermula pada 1991 bersama enam anggota iaitu Mamat (vokalis), Musa (bass), Ajai (bass), Ujang (dram), Shah (gitar) dan Along (gitar).

Mamat, bagaimanap­un mengambil keputusan meninggalk­an Exists pada 1994 untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solo.

Posisinya digantikan Ezad Lazim yang berjaya membawa nama kumpulan itu hingga ke Indonesia.

Latihan intensif sudah kami mulakan sejak sebulan lalu. Memang tidak mudah untuk merealisas­ikan impian besar ini, namun semangat dan kesepakata­n kami menjadikan ia kenyataan. Semuanya bermula dengan perbualan kosong, tanpa disangka perjalanan ke arah itu dipermudah­kan” Ujang Pemain dram Exists

 ??  ??
 ?? [ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH ] ?? Exists ketika beraksi pada anugerah Meletop Era 2019, April lalu.
[ FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH ] Exists ketika beraksi pada anugerah Meletop Era 2019, April lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia