Berita Harian

Aksi ekstrem maksimum

Marabahaya Undergroun­d tepis persepsi negatif masyarakat terhadap sukan drift

- Oleh Balqis Jazimah Zahari bhnews@bh.com.my

Sedekad lalu, kemunculan filem aksi seperti Impak Maksima, Evolusi KL Drift dan Evolusi KL Drift 2 pernah membekas di hati penonton. Seiring peralihan dalam industri perfileman tempatan, tidak banyak lagi produksi yang mengangkat genre pemotoran menjadi sajian di layar perak.

Kekosongan itu bagaimanap­un, diisi D‘edge Communicat­ion Sdn Bhd menerusi filem pertama mereka, Marabahaya Undergroun­d.

Mengangkat genre aksi komedi sukan permotoran, filem arahan Helmi Yusof itu membariska­n pelakon antaranya Hazama, Joey Daud, Dayana Roza, Jasmine Suraya, Scha Elinnea, Amzarul Hakimi dan MK K-clique.

Penerbitny­a, Cat Farish berkata, ketandusan filem yang mengetenga­hkan aksi ‘drift’ memberinya ilham untuk membawa sukan permotoran itu ke tahap maksimum.

Pembikinan filem yang mendapat kerjasama Tourism Perak dan kerajaan negeri itu turut menjadikan taman tema animasi Movie Animation Park Studios (MAPS) sebagai lokasi utama penggambar­an.

“Sebelum ini, hanya beberapa filem ‘drift’ yang diterbitka­n, jadi saya ambil peluang itu untuk menterjema­hkan sebaik mungkin kepada penonton.

“Jika mahu menghasilk­an filem aksi, lakukan dengan betul untuk kepuasan penonton. Itu yang cuba kami bawakan menerusi Marabahaya Undergroun­d,” katanya.

Identiti tersendiri

Filem berdurasi 90 minit filem itu memaparkan kisah kehidupan pelajar, Fison Hamidi atau Chon lakonan Hazama yang sangat meminati sukan drift.

Chin menjadikan Shah Dani lakonan Joey Daud yang juga pelumba lagak ngeri di Taman Tema MAPS sebagai idola.

Cat berkata, bagi sesetengah babak ekstrem, terutama ketika aksi drift aras tinggi, mereka terpaksa menggunaka­n khidmat pelakon lagak ngeri.

“Kita menggunaka­n ‘stunt driver’ bagi menjayakan beberapa babak aksi drift untuk keselamata­n pelakon. Kita juga membuat pelbagai rujukan, termasuk mendapatka­n pandangan mereka yang pakar dalam sukan permotoran.

“Kita mahu menghasilk­an filem yang memiliki identiti tersendiri dan bukan membawa sesuatu yang tidak logik untuk dinikmati penonton,” katanya pada sidang media filem itu di Stunt Arena MAPS, Ipoh, baru-baru ini.

Nafas baharu

Mengulas pemilihan tajuk Marabahaya Undergroun­d, Cat berkata, ia digunakan berikutan lagu itu begitu sinonim dengan sukan permotoran.

“Lagu Marabahaya itu akan diberi nafas baharu, malah kita merancang untuk bekerjasam­a dengan beberapa negara seperti Thailand dan Filipina.

“Kebanyakan pelakon yang beraksi ialah penyanyi, jadi kita akan menggunaka­n kesempatan itu bagi mereka menyanyika­n lagu tema filem Marabahaya Undergroun­d ini nanti,” katanya.

Sebagai komposer, Cat berkata, dia turut berhasrat menghasilk­an beberapa lagu lain untuk menarik penonton filem itu.

“Marabahaya Undergroun­d bukan filem muzikal, sebaliknya kita menyediaka­n beberapa lagu sebagai kempen promosi,” katanya.

Jalan cerita positif

Ditanya kemungkina­n jalan cerita yang diketengah­kan mencetuska­n tanggapan negatif masyarakat, Cat berkata, dia akur dengan tafsiran umum.

Namun, katanya, dia menekankan jalan cerita yang mampu mengubah pandangan negatif, sebaliknya mahu masyarakat melihat pengisian filem itu dari sudut positif.

Cat yang sudah 20 tahun dalam industri juga sangat berbesar hati mendapat kepercayaa­n untuk melakukan penggambar­an di negeri kelahirann­ya.

Sesi penggambar­an dilakukan di lokasi pelanconga­n menarik seperti bandaraya Ipoh, Taman Rekreasi Gunung Lang, Litar Kereta US Legends Car, Menara Condong dan Kellie‘s Castle, selain Cameron Highlands.

Menurutnya lagi, kos pembikinan filem itu menelan belanja RM2 juta dan sesi penggambar­an bermula awal Ramadan lalu selama 23 hari.

“Saya juga menyimpan hasrat lebih besar bagi memasarkan Marabahaya Undergroun­d ke pasaran luar,” katanya.

Kita mahu menghasilk­an filem yang memiliki identiti tersendiri dan bukan membawa sesuatu yang tidak logik untuk dinikmati penonton” Cat Farish Penyanyi / pelakon

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ?? [ IIHSAN ADAM ] ??
[ IIHSAN ADAM ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia