Berita Harian

Cabaran beraksi ketika puasa

-

Melakukan aksi di luar kepakaran sudah tentu mencabar ketahanan jiwa dan mental, terutama apabila penggambar­an dilakukan pada bulan puasa.

Hazama berkata, Marabahaya Undergorun­d menguji keupayaann­ya melakonkan babak aksi selepas beberapa kali menggalas watak komedi dan percintaan.

“Ini kali pertama saya menjayakan filem sukan permotoran kereta. Sebelum ini, kebanyakan watak yang saya bawakan agak bersahaja atau serius, tetapi kali ini lebih menguji.

“Watak ini memerlukan fokus, terutama ketika perlumbaan yang memerlukan pelakon mengutamak­an aspek keselamata­n,” katanya.

Keluar ruang selesa

Sementara itu, Joey Daud berkata, walaupun menerima tawaran pada saat akhir, dia memberanik­an diri untuk menyahut cabaran.

“Ini kali pertama saya diberi watak sebagai ‘King Drifter’ memandangk­an sebelum ini, saya banyak membawakan watak seram dan komedi.

“Memang sangat mencabar, terutama apabila tawaran diterima dua hari sebelum penggambar­an bermula. Saya fikir bagaimana mahu mendalami watak, tetapi Alhamdulil­lah, semuanya berjalan dengan baik,” katanya yang membawa watak Shah Dani.

Dayana Roza pula berkata, dia pada mulanya berhasrat untuk berehat, namun teruja untuk menerima apabila dituntut membawakan aksi lasak.

“Saya suka benda yang lasak dan apabila dimaklumka­n perlu melakukan aksi drift, saya terus bersetuju, Jika diberi peluang melakukan sendiri aksi lasak, saya tidak menolak.

“Filem ini memberikan saya pengalaman baharu. Saya cabar diri untuk bawa watak ini dengan sebaik mungkin,” katanya yang bakal menjalani penggambar­an Rempit 2, tidak lama lagi.

 ??  ?? Hazama (kanan) dan Lim Jian Wen memberi komitmen padu dalam penggabara­n filem ini.
Hazama (kanan) dan Lim Jian Wen memberi komitmen padu dalam penggabara­n filem ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia