Berita Harian

Imaginasi dunia tanpa The Beatles

Danny Boyle hidupkan semula legasi muzik kumpulan legenda menerusi Yesterday

- Oleh Hanisah Selamat

Apa akan jadi jika anda satu-satunya manusia di muka bumi ini yang tahu kewujudan kumpulan legenda, The Beatles?

Plot kisah sentuhan pengarah yang pernah menggarap Slumdog Millionair­e, Danny Boyle ini nyata berbeza daripada filem mengenai penghibur tersohor dunia lain.

Bukan kupasan mengenai ketaasuban peminat setia terhadap penyanyi kesayangan mereka, sebaliknya Yesterday menjurus situasi mistik yang terjadi kepada seorang anak muda bernama Jack Malik.

Mengalami kecederaan selepas berdepan kemalangan ketika dunia berdepan kegelapan secara tiba-tiba, kehidupan lelaki itu berubah sekelip mata.

Sebaik tersedar, dia perlu menerima hakikat, tiada seorang pun mengetahui The Beatles dan lagu popular mereka.

Gapai keinginan

Kedengaran lucu, pada masa sama menakutkan apabila dia mencari nama The Beatles dalam carian enjin, tiada bukti kewujudan kumpulan terkenal itu.

Apa yang ditemuinya hanya nama serangga. Sama ada ia misteri atau Malik dikurniaka­n kelebihan tersendiri, dia menggunaka­n peluang itu untuk menjadi penyanyi terkenal seperti yang diimpikan.

Dibantu rakan zaman kecilnya, Ellie, yang tidak mengetahui perkara sebenar, mereka merakamkan lagu Yesterday di sebuah studio kecil di pinggir pekan.

Rakaman yang diedarkan di gudang tempatnya bekerja kemudian diperdenga­rkan di radio hingga memancing perhatian bintang terkenal Ed Sheeran.

Dari situ, kegilaan ramai terhadap pemuzik kampung itu terus memuncak apabila Sheeran terpesona dengan bait lagu yang kononnya garapan Malik sendiri.

Buai emosi penonton

Dari sebuah pekan kecil di England, namanya terus meledak apabila setiap dendangan berada di carta lagu di semua negara.

Kemunculan Shereen dianggap segelintir pihak sebagai pemancing perhatian, tetapi sebenarnya sejak permulaan babak lagi sudah nampak warna yang ingin ditonjolka­n Boyle.

Elemen komedi, cinta dan muzik yang saling bersulam membuatkan babak demi babak terasa pantas berlalu.

Bijak membuatkan penonton terus teruja, pada masa sama khalayak seakan dibawa ke era permulaan kumpulan itu yang meraih idea menghasilk­an lagu di kampung halaman mereka di Liverpool.

Latar masa, lokasi dan pemilihan lagu, terutama Yesterday yang diangkat sebagai judul filem cukup kena dengan penceritaa­nnya.

Pada babak lain, Love Me Do yang dilabel Lagu Terbaik Abad ke-20 yang dipilih sebagai tajuk album sulung turut diperdenga­rkan.

“Jika penonton membayangk­an kemungkina­n adanya watak tambahan, tunggu saja hingga episod kemuncak nanti,” katanya. `

 ??  ??
 ??  ?? Himesh menghidupk­an watak Malik dalam filem arahan Boyle.
Himesh menghidupk­an watak Malik dalam filem arahan Boyle.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia