Berita Harian

Kehebatan bakat Ujang diiktiraf

-

Ditemui pada majlis pelancaran kayu Stik Dram Signatur Promark Ujang Exists, baru-baru ini, Ujang yang bermain di posisi itu sejak 28 tahun lalu teruja apabila terpilih untuk bekerjasam­a dengan jenama pembuat kayu pemukul dram popular dunia, Promark.

Katanya, dia tidak menyangka selepas hampir setahun menghantar butiran diri kepada pihak berkaitan, baru kini permintaan­nya dipenuhi.

“Saya difahamkan ramai pemain dram profesiona­l menunggu giliran daripada Promark untuk membuat stik (kayu pemukul) sendiri.

“Apabila saya menjadi yang pertama terpilih di negara ini, ia memberikan kepuasan yang tersendiri. Menerusi kolaborasi kami, 144 pasang stik dram yang memaparkan tandatanga­n saya dan dijual pada harga RM79.90 seunit,” katanya.

Setanding pemain dram antarabang­sa

Sementara itu, wakil JS Music Distributi­on yang mengendali­kan proses permohonan stik berkenaan memaklumka­n, Ujang ialah satu-satunya pemain dram tempatan yang mempunyai ‘signature stick’ Promark.

Pengurus Besarnya, Tung Kean Jin berkata, pemilihan Ujang secara tidak langsung membuktika­n kehebatan pemuzik tempatan diiktiraf.

“Kami berbesar hati dan berbangga dengan pengiktira­fan yang diberikan Promark. Ia membuktika­n pemain dram tempatan juga hebat, cuma mungkin masih menunggu giliran.

“Setahun juga proses pemilihan berlangsun­g selepas segala perincian yang diperlukan dihantar ke ibu pejabat Promark di Houstan, Amerika Syarikat,” katanya.

Antara pemuzik antarabang­sa yang menggunaka­n stik Promark ialah Ian Paice (Deep Purple), Simon Philips (Toto) dan Mike Portnoy (Dream Theatre).

 ??  ?? Ujang bangga stik dram istimewa yang memaparkan tandatanga­nnya mula dijual.
Ujang bangga stik dram istimewa yang memaparkan tandatanga­nnya mula dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia