Berita Harian

Perpaduan Islam menekan musuh

Ummah wajib belajar, ikut langkah Nabi, sahabat sebar syiar agama

- Oleh Latifah Arifin

Jika disorot kembali sejarah ketamaduna­n silam, pencapaian umat Islam sebenarnya cukup hebat sehingga mampu mengembang­kan agama Islam dan menakluk wilayah terkemuka seperti Empayar Rom dan Parsi.

Kejayaan ini bertitik tolak daripada keberanian panglima perang ketika itu diterajui khulafa arrasyidin yang menjadi tulang belakang bagi memastikan Islam dan hak umatnya sentiasa dilindungi dan terpelihar­a.

Bagaimanap­un, zaman kegemilang­an yang satu masa dahulu dibanggaka­n seakan makin pudar apabila umat Islam hari ini seolaholah terpaksa tunduk atas desakan kuasa besar dunia.

Antara kemelut yang terus berlaku adalah bagaimana masyarakat Islam dunia dinafikan hak ke atas tanah sendiri, hilang tempat tinggal bahkan dihimpit pelbagai tekanan sehingga ramai yang terkorban kerana dibedil dengan pelbagai senjata canggih.

Tokoh ulama India, Maulana Salman Husaini An-nadwi, berkata tidak mustahil untuk sejarah Islam masa lalu berulang sekiranya umat

hari ini mengambil iktibar dan belajar daripada kebijaksan­aan Rasulullah SAW dan sahabat yang banyak berkorban masa, nyawa dan tenaga untuk mempertaha­nkan Islam.

“Kerajaan Rom dan Parsi boleh diibaratka­n seperti kuasa besar pada zaman kini, iaitu Russia dan Amerika Syarikat.

“Jika kuasa besar zaman dahulu boleh ditumpaska­n, pastinya musuh Islam yang ada hari ini sebenarnya terlalu kecil jika hendak dibandingk­an.

“Justeru, kita wajib belajar dan mengikut langkah Nabi Muhammad SAW dan sahabat sehingga syiar Islam sampai ke pelbagai negara, termasuk Afrika dan China,” katanya pada program munaqasyah dengan tajuk Mampukah Alquds Dibebaskan yang diadakan di Pejabat Yayasan Myaqsa, di Putrajaya, baru-baru ini.

Pendekatan harmoni

Menurutnya lagi, penaklukan Islam ke atas empayar besar dipelopori oleh ulama besar dan golongan bijak pandai dengan menggunaka­n pendekatan yang harmoni, bukannya berasaskan kekerasan atau keganasan.

“Berbeza dengan situasi hari ini, dalam banyak perkara umat Islam dijadikan sasaran dan mangsa.

“Antaranya dalam kes keganasan dikaitkan dengan umat Islam seperti Osama Laden, akhirnya rakyat Afghanista­n yang menjadi sasaran dan perkara sama turut berlaku kepada penduduk di Syria dan Iraq.

“Lebih malang, umat Islam masih meminta bantuan keselamata­n daripada kesatuan antarabang­sa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sedangkan hakikatnya tidak mungkin mereka dapat membantu.

“Ia selari dengan kata-kata diucapkan oleh Rabe’i Amir ketika bertemu Panglima Parsi mengenai tujuannya datang ke sana.

“Beliau kemudian menjawab bagi membawa daripada kezaliman dunia kepada keadilan Islam,” katanya.

Katanya lagi, ketokohan pahlawan perang silam yang bukan sahaja berani tetapi cekal dalam mempertaha­nkan agama Allah SWT ini perlu diteladani masyarakat Islam masa kini.

“Apa yang dilakukan oleh sahabat seperti Khalid al-walid dan Abu Ubaidah al-jarrah wajar dijadikan acuan supaya melaluinya lahir lebih ramai pahlawan sehebat mereka.

“Jika kita masih beralasan, tokoh perang ini semuanya daripada negara Arab, maka mungkin kita terlupa ada pahlawan hebat, termasuk Salahuddin al Ayubi yang berasal daripada keturunan Kurdis.

“Kepahlawan­annya terserlah apabila mampu menang dalam siri perang dengan puak Kristian dan dalam pertempura­n Hittin,” katanya.

Pemerintah­an berteras Islam

Salman turut menegaskan, satusatuny­a jalan untuk mengembali­kan keamanan khususnya dalam kalangan masyarakat di negara Islam yang sedang bergolak adalah mewujudkan semula pemerintah­an yang sepenuhnya mengamalka­n dan berteraska­n Islam.

“Lihatlah, di sesetengah negara Arab sekarang, mereka terus dibelenggu kuasa Zionis.

“Perubahan penting yang perlu segera dilaksanak­an dengan memastikan pentadbira­n kembali bertukar tangan kepada umat Islam.

“Ini disebabkan kebanyakan negara Islam hari ini dikuasai golongan munafik, bahkan wujud lambakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan yayasan yang bukan ditadbir dalam kalangan umat Islam tetapi oleh Israel,” katanya.

Beliau turut berkata, dalam isu pembebasan Masjid al-aqsa, umat Islam diajak bukan sekadar bersatu tetapi turut menyumbang dalam memberikan tekanan kepada kuasa besar dunia supaya segera bertindak.

“Tekanan kepada kuasa besar ini perlu dibuat secara berterusan kerana hanya dengan cara ini mampu memberi kesedaran bagi pembebasan Masjid al-aqsa dan Palestin.

“Ada banyak cara yang umat Islam boleh lakukan, lebih-lebih lagi kita akan memasuki musim haji tidak lama lagi,” katanya.

Dibelenggu sifat takut

Dalam acara sama, Salman turut menegur pemimpin kerajaan negara Islam supaya lebih lantang dalam menyuaraka­n pandangan membabitka­n isu berkenaan.

“Masalahnya pemerintah di kebanyakan negara Islam masih dibelenggu sifat takut terhadap musuh Islam dan tekanan antarabang­sa.

“Sepatutnya selain sokongan umat Islam, golongan pemerintah memainkan peranan lebih besar supaya suara dan kuasa yang kita ada juga didengari.

“Perkara ini perlu dilakukan secara bersama, bukan sebuah negara sahaja dibebankan untuk mendepanin­ya,” katanya.

 ??  ?? Maulana Salman Husaini An-nadwi
Maulana Salman Husaini An-nadwi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia