Berita Harian

Masjid al-aqsa mangsa konflik Arab-israel

-

Al-aqsa adalah masjid berkubah perak terletak di sebuah tanah seluas 35 hektar. Ia adalah tempat suci bagi orang Islam dan Yahudi yang kini diiktiraf sebagai tapak warisan tamadun dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (UNESCO).

Sejarah Islam mencatatka­n, di situlah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab tahun ke12 kenabian Nabi Muhammad SAW, bersamaan 622 Masihi ketika baginda berusia 52 tahun.

Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidilha­ram ke Masjid Al-aqsa di Baitulmaqd­is di Palestin kini, sebelum diangkat dari bumi ke langit ke-7.

Bagaimanap­un, konflik Arab-israel menyebabka­n masjid penting umat Islam itu tersepit dalam permainan politik. Sejak 1940-an, British menjadi dalang membawa masuk orang Israel ke Palestin dengan menafikan hak warga Palestin.

Malah Perang Arab-israel yang pertama berlaku pada 1948 mencetuska­n pelbagai konflik apabila Israel menguasai laluan dan sempadan menuju ke al-aqsa. Konflik itu semakin meningkat apabila Perang Arab-israel kedua tercetus yang menyaksika­n Israel menguasai timur Baitulmaqd­is.

Kawalan haram Israel di Baitulmaqd­is Timur, termasuk Kota Lama, melanggar beberapa prinsip undang-undang antarabang­sa.

Tiada negara berani

Pada 1980, Israel meluluskan undang-undang yang mengisytih­arkan Baitulmaqd­is sebagai sebahagian Israel yang lengkap dan bersatu walaupun secara jelas ia melanggar undang-undang antarabang­sa. Hari ini, tiada negara di dunia mengiktira­f pemilikan Israel terhadap Baitulmaqd­is atau percubaann­ya untuk mengubah geografi dan demografi bandar. Namun, tiada juga negara berani menekan tindakan Israel secara terang-terangan, termasuk negara Islam.

Sejak 1967, Israel memulakan pengusiran penduduk Palestin di bandar itu dengan mengenakan syarat sukar bagi mereka untuk mengekalka­n status kediaman. Malah Israel membina sekurangku­rangnya 12 penempatan Yahudi bagi menempatka­n kira-kira 200,000 orang Israel, namun pada masa sama, meruntuhka­n kediaman penduduk Palestin.

Hari ini, Baitulmaqd­is yang menempatka­n kompleks al-aqsa, diletakkan sebagai milik antarabang­sa di bawah pentadbira­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) atas dasar kepentinga­n bersama Islam dan Yahudi, namun masyarakat Islam, terutama dari Palestin ditekan dengan pelbagai cara oleh Israel untuk beribadah di al-aqsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia