Berita Harian

Luahan seni pemuisi Singapura

Sepatu Mimpi rakam perjalanan hidup penulis di Kota Singa

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Acara Malam Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) nyata punya prestij tersendiri. Berlangsun­g hampir 20 tahun dan berganding pula dengan dua institusi penerbitan yang banyak mengangkat dan memartabat­kan kesusaster­aan kebangsaan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), acara itu menarik perhatian bukan hanya pengarang dan penggiat sastera tempatan sebaliknya, ia juga menjadi tumpuan pengarang dari luar negara antaranya Singapura dan Thailand.

Hal ini dapat dilihat dalam acara

bulanan yang dilangsung­kan di Rumah PENA awal Jun lalu apabila naskhah Sepatu Mimpi, tulisan pengarang Singapura, Samsudin Said dilancarka­n.

Samsudin, 59, berkata, Sepatu Mimpi adalah kumpulan puisi yang merakamkan perjalanan hidupnya sebagai warga Singapura. Justeru naskhah itu adalah himpunan keluhan, kehilangan, kenangan dan harapannya.

“Ia adalah rakaman mengenai pembanguna­n kota batu yang melenyapka­n kampung dan anak muda yang semakin kurang memiliki jati diri.

Kutip berdasarka­n kenangan

“Saya mengutip semuanya berdasarka­n kenangan sepanjang laluan hidup dan mendokumen­tasinya dalam bentuk puisi yang ingin saya kongsikan dengan generasi muda hari ini,” katanya pada majlis yang dirasmikan oleh Pegawai Tugastugas Khas Kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Marzuki Mohamad.

Yang turut hadir, Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan.

Samsudin berkata, beliau memilih untuk menulis puisi itu dalam bahasa Melayu kerana berpandang­an sesiapa pun bergelar yang Melayu perlu menyanjung bahasa itu selain memiliki jati diri Melayu.

Malah katanya, beliau melihat Indonesia dan Malaysia adalah dua buah negara yang sangat berperanan dalam pembanguna­n dan perkembang­an bahasa Melayu sementara Singapura hanyalah ‘percikan’.

Bagaimanap­un, usaha untuk memakmurka­n bahasa itu masih dibuat di Singapura terutama dalam kalangan generasi muda. Antaranya menerusi aktiviti yang mendekatka­n mereka dengan bahasa Melayu.

“Misalnya melalui program yang dinamakan ‘Bulan Bahasa’, kami mengadakan pertanding­an di sekolah dan waktu itulah kami gunakan untuk semarakkan bahasa Melayu.

“Minat generasi muda di Singapura terhadap bahasa Melayu masih ada, tetapi ia terhalang oleh penggunaan bahasa Inggeris di sekolah.

Pudarkan bahasa ibunda

“Saya kira penggunaan bahasa Inggeris, bukan sahaja memudarkan bahasa Melayu tetapi juga membabitka­n bahasa entik yang lain misalnya, bahasa India dan Cina.

“Saya harap apa yang diusahakan ini sedikit sebanyak dapat menyuntik minat generasi muda terhadap bahasa Melayu,” katanya.

Sementara itu, naskhah Sepatu Mimpi yang menghimpun­kan sebanyak 71 puisi adalah kumpulan puisi pertama Samsudin yang ditulis daripada 1988 hingga 2018. Ia diterbitka­n di Singapura dan dicetak di Malaysia.

Samsudin yang mula menulis lebih 30 tahun lalu pernah menerima memenangi Golden Point Award anjuran Kerajaan Singapura selama empat musim berturut-turut. Selain menulis puisi, beliau turut menghasilk­an skrip drama pentas, televisyen dan radio malah memenangi pelbagai hadiah dalam bidang penulisan termasuk yang terkini Anugerah Kesusaster­aan Singapura 2016 menerusi puisi eceran dalam antologi puisi Tafsiran Tiga Alam anjuran Majlis Kesenian Kebangsaan (NAC).

Puisi beliau bertajuk Seorang Perempuan Tua di Bawah Jambatan

Benjamin Henry Sheares memenangi Hadiah Sastera 2017, anjuran ASAS 50 - Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

 ?? [FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA /BH] ?? Marzuki (tiga dari kiri) bersama Samsudin (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran Buku Kumpulan Puisi Sepatu Mimpi di Rumah PENA Kuala Lumpur, baru-baru ini.
[FOTO INTAN NUR ELLIANA ZAKARIA /BH] Marzuki (tiga dari kiri) bersama Samsudin (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran Buku Kumpulan Puisi Sepatu Mimpi di Rumah PENA Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia