Berita Harian

Seni khat ekspresi memperinda­hkan lafaz suci

-

Tanjung Malim: Seni khat adalah satu daripada kesenian Islam yang sehingga kini masih mendapat perhatian masyarakat. Malah sejak ia diperkenal­kan di wilayah Nusantara, perkembang­annya cukup memberangs­angkan.

Hari ini seni khat juga sebagai kaligrafi bukan hanya ungkapan atau luahan rasa keagamaan seorang pelukis tetapi juga cerminan keperibadi­an dan jiwanya. Jauh dari itu, seni khat juga ketika ini boleh dianggap sebagai sebahagian daripada seni visual.

Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Makmur Harun, berkata, seni khat hari ini turut dilihat sebagai karya seni visual apabila ia turut mendapat kedudukan yang istimewa dalam kalangan penggemar seni dengan adanya pameran khusus untuk kesenian itu.

“Umumnya, seni khat adalah seni yang memaparkan eksplorasi teknik dan kebebasan ekspresi yang bertunjang­kan memperinda­hkan lafaz Allah.

Kepelbagai­an teknik

“Ketika ini, terdapat lebih 83 jenis tulisan khat yang biasa ditemui antaranya nasakh, thuluth, diwani, riq’ah, farisi dan kufi.

“Perkembang­an seni khat ini juga berlaku dengan pesat yang boleh dilihat menerusi kepelbagai­an teknik karya yang ditampilka­n,” katanya sewaktu perkongsia­n kertas kerja, Kepelbagai­an Corak Seni Khat Lukisan dalam Pameran’ sempena Persidanga­n Antarabang­sa Historiogr­afi Melayu Kedua (HISTIC-II 2019) anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris Perak (UPSI) di sini, baru-baru ini.

Tambah Makmur, bermula dengan lukisan dua dimensi, seni khat kini boleh ditemui dalam bentuk empat dimensi (4D), yang secara jelas menunjukka­n berlakunya eksplorasi dari aspek tekniknya.

Malah, selain dilakar atas kanvas, ia turut terdapat dalam pelbagai bentuk seperti lukisan kaca, ukiran kayu dan batik.

Cabang seni digemari

“Kerancakan seni khat menyebabka­n ia kini menjadi antara cabang bidang kesenian yang digemari ramai orang. Seni khat juga dihasilkan dengan menggunaka­n pelbagai gaya dan corak dalam membentuk rangkaian huruf dan kalimat.

“Penghayata­n sepenuhnya terhadap huruf yang hendak digoreskan, penguasaan terhadap bidang dan warna lukisan benarbenar memancar dari suatu konsep penciptaan karya seni yang utuh lagi menakjubka­n.

“Lebih daripada itu, karya seni khat yang berkualiti tinggi mampu membawa peminatnya ke alam sedar bahawa dalam kehidupan ini ada yang sangat dekat dan akrab bersama ciptaan-nya iaitu Allah,” katanya.

Tambah Makmur, dalam usaha menyemarak­kan lagi seni ini hingga ke Asia Tenggara, ia seharusnya dipamerkan supaya lebih ramai khalayak yang boleh menikmatin­ya.

Pameran katanya mampu menarik minat pencinta seni untuk mengenali keindahan manifestas­i seni Islam. Malah ia mampu menjelaska­n, kesenian juga punya peranan untuk mendekatka­n manusia dengan Allah SWT dan mengagungk­an kebesaran-nya.

Seni khat juga dihasilkan dengan menggunaka­n pelbagai gaya dan corak” Makmur Harun, Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia