Berita Harian

Amnesty dakwa polis Indonesia terbabit

Agensi hak asasi manusia mahu siasatan bebas dilakukan segera

-

Agensi hak asasi manusia antarabang­sa menuduh polis Indonesia memukul penunjuk perasaan ketika protes, bulan lalu, sambil menggesa siasatan bebas terhadap ‘pelanggara­n serius hak asasi manusia’, termasuk membunuh penduduk awam.

Mei lalu, tunjuk perasaan aman

terhadap kemenangan Presiden Joko Widodo dalam pilihan raya umum bertukar menjadi pertempura­n jalanan antara polis dan orang ramai di tengah Jakarta.

Apa pun, Pengarah Eksekutif Amnesty Indonesia, Usman Hamid, semalam berkata, pihaknya tidak menuduh polis secara langsung membunuh penunjuk perasaan, namun memaklumka­n laporan patut disiasat badan bebas.

Sebagai tindak balas, jurucakap polis nasional, Dedi Prasetyo berkata, pihaknya sedang menjalanka­n siasatan sendiri terhadap semua tuduhan memukul dan kematian penunjuk perasaan terbabit.

“Tunggu hasil siasatan ini,” kata beliau, ketika banyak persoalan timbul mengenai bagaimana penunjuk perasaan termasuk seorang pelajar sekolah maut dalam kekacauan terbabit.

Sekurang-kurangnya sembilan penunjuk perasaan terbunuh dan ratusan mangsa lain cedera dalam keganasan terburuk di bandar itu, sejak bertahun-tahun.

Polis menjadi perhatian, selepas beberapa video tular yang menunjukka­n sekumpulan anggotanya memukul seorang penunjuk perasaan dalam keadaan terbaring.

Tindas ramai individu

“Amnesty Internatio­nal mendapati sekurang-kurangnya empat lelaki lain dipukul polis, ketika insiden itu. Bukti yang kami ada menunjukka­n polis melakukan penyeksaan.

“Ia turut menindas ramai individu lain dalam tahanan di beberapa lokasi di Jakarta,” katanya.

Amnesty berkata, ia juga menerima laporan kukuh bahawa polis separa tentera turut terbabit dalam kematian 10 penunjuk perasaan, termasuk seorang mangsa dalam tunjuk perasaan di Pontianak, Borneo.

Tidak guna peluru hidup

Polis menegaskan mereka tidak menggunaka­n peluru hidup tetapi hanya menggunaka­n peluru getah, meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraika­n penunjuk perasaan.

Ada beberapa mangsa maut dilaporkan mempunyai kesan tembakan.

Dalam perkembang­an lain, Mahkamah Perlembaga­an Indonesia dijangka memberikan keputusan terhadap tuduhan pencabar Widodo, bekas jeneral Prabowo Subianto.

Beliau mendakwa kalah akibat penipuan pengundi dan penipuan meluas sehingga mencetuska­n tunjuk perasaan itu.

Amnesty Internatio­nal mendapati sekurangku­rangnya empat lelaki lain dipukul polis, ketika insiden itu. Bukti yang kami ada menunjukka­n polis melakukan penyeksaan” Kenyataan Amnesty Internatio­nal

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Aktivis membawa kain rentang dan payung mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Jepun di Manila semalam mendesak kerajaan Jepun menghentik­an pembiayaan arang batu menjelang sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Osaka, Jepun yang bermula esok. Aktivis desak Jepun henti biaya arang batu
[ FOTO EPA ] Aktivis membawa kain rentang dan payung mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Jepun di Manila semalam mendesak kerajaan Jepun menghentik­an pembiayaan arang batu menjelang sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Osaka, Jepun yang bermula esok. Aktivis desak Jepun henti biaya arang batu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia