Berita Harian

Ghana nyaris dimalukan

Jaringan Pote bantu Benin raih satu mata berharga

-

Benin mengambil kesempatan bangkit di babak kedua untuk mengikat Ghana 2-2 yang beraksi dengan 10 pemain susulan seorang pemainnya dibuang padang angkara gelagat melengahka­n masa ketika pertemuan di Piala Negara Afrika, di sini, kelmarin.

Michael Pote membantu Benin mengejutka­n lawan seawal minit kedua aksi

Kumpulan F sebelum Ghana membalas dua gol menerusi pemain adik beradik, Andre dan Jordan Ayew sejurus sebelum rehat dengan aksi yang menghiburk­an hingga penamat saingan.

Namun Ghana dikejutkan pada minit ke-55 apabila pertahanan­nya John Boye, yang sudah menerima kad kuning pertama dilayangka­n kad merah susulan melengahka­n masa apabila dia dilihat memberi ruang kepada penjaga gol, Richard Ofori melakukan sepakan percuma dari tengah padang yang sepatutnya dilakukann­ya sendiri.

Ia kelihatan lebih kepada salah faham dan ia menjadi mangsa pertama dibuang padang di kejohanan itu setakat ini.

Pote kemudian menemui sasaran untuk menyamakan kedudukan Benin pada minit ke-64.

Benin, yang beraksi kali keempat di Piala Negara Afrika adalah pasukan kerdil dan kalah lapan daripada sembilan penampilan dan hanya sekali seri.

Perdaya benteng perlawanan

Benin yang dikenali sebagai The Squirrels berjaya di depan selepas dua minit aksi dimulakan apabila Pote memperdaya benteng pertahanan lawan sebelum meledak melepasi jangkauan Ofori.

Tujuh minit kemudian, Ghana membalas menerusi Jordan Ayew yang mengumpan tepat kepada abangnya, Andre yang tidak dikawal untuk merembat ke bucu gawang Benin.

Ghana, yang menggandak­an asakan terus mengganas tiga minit sebelum rehat apabila Kasim Adam melarikan umpanan Jordan Ayew sebelum gandingan dua beradik itu sekali lagi meperdaya Olivier Verdon dan meledak ke bucu gawang dari dalam kotak penalti.

Ketika Ghana di ambang kejayaan, Benin tanpa diduga beroleh peluang apabila Pote menyempurn­akan sepakan sudut Cebio Soukou untuk mengikat Ghana dengan gol kedua.

Kedua-dua pasukan saling membalas serangan menuju hujung babak kedua namun mereka buntu menambah gol selepas semua cubaan sipi ke sasaran.

 ??  ?? Pemain Benin, Seibou Mama cuba merampas bola daripada kawalan pemain Ghana, Andre Ayew dalam pertemuan kelmarin.
Pemain Benin, Seibou Mama cuba merampas bola daripada kawalan pemain Ghana, Andre Ayew dalam pertemuan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia