Berita Harian

VAR diterima positif

Penganjur sifatkan penggunaan capai sasaran sepanjang kejohanan

-

Rio de Janeiro

Penganjur Copa America, CONMEBOL tetap puas hati dengan penggunaan pengadil bantuan video (VAR) meskipun mengakui purata masa rujukan kini meningkat dua minit 26 saat, dua kali ganda lebih lama berbanding ketika Piala Dunia 2018 di Russia.

Masa lama untuk melihat rakaman VAR menyaksika­n segelintir penyokong naik angin dan turut dikritik hebat oleh jurulatih

Colombia, Carlos Queiroz, bahkan kontrovers­inya kini turut merebak di Piala Dunia Wanita yang sedang berlangsun­g di Perancis.

Namun Ketua Pengadil CONMEBOL, Wilson Seneme dalam sidang medianya semalam menyatakan VAR menepati sasaran apabila sudah melakukan 17 rujukan dalam 18 perlawanan Copa America dan 11 daripadany­a membabitka­n keputusan menerusi penilaian rakaman di skrin.

Ketika di Piala Dunia 2018 Russia, iaitu ketika pertama kali ia digunakan secara rasmi, purata masa yang diambil melihat rakaman hanya sekitar 80 saat.

Namun di Copa America, penilaian VAR paling lama dicatat ketika pertemuan Brazil melawan Venezuela yang berkesudah­an seri tanpa jaringan apabila ia mengambil masa sembilan minit keseluruha­n dengan menyaksika­n tiga jaringan dibatalkan menerusi sistem berkenaan.

Bagaimanap­un masa lebih lama dihadapi di Piala Dunia Wanita apabila 18 minit diambil ketika England menang 3-0 ke atas Cameroon, minggu lalu.

“VAR ini menghapusk­an skandal dan ia memberikan kami kelegaan fikiran. Kami sangat puas hati dengan keputusann­ya,” kata Seneme sambil menambah 15 keputusan berubah hasil penggunaan­nya.

Lantang mengkritik

“Kami sudah berusaha menggunaka­n teknologi ini sejak 2017 dan segala hasil positif dan negatifnya membantu kami mengendali­kannya dengan baik pada 2019. Memang pengadil perlawanan ada kata putus mutlak, namun VAR membantu mereka membuat keputusan.”

Venezuela dalam pada itu menyaksika­n empat jaringan lawan ke atas mereka dibatalkan VAR dan ketika buntu tanpa jaringan bertemu Brazil dengan dua gol minit akhir mereka turut dibatalkan, jurulatihn­ya, Rafael Dudamel melaungkan ‘Hidup VAR’.

Sementara itu, jurulatih Colombia, Queiroz paling lantang mengkritik pengunaan VAR di Copa America dengan mengakui ia sering tidak memihak pasukannya.

“Sesuatau perlu dilakukan kerana ia menyebabka­n penyokong keliru bahkan pemain dan jurulatih juga berdepan masalah sama. VAR seharusnya menjadikan bola sepak lebih lancar dan objektif tetapi apa yang berlaku menjadi sebaliknya,” katanya.

“Kami perlu memikirkan­nya semula demi kebaikan bola sepak kerana penyokong tidak gembira, begitu juga dengan kami.”

REUTERS

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia