Berita Harian

Jadi idola sejak usia 8 tahun

Chong King tekad kerja keras, harap BAM beri peluang

- Oleh Helmi Talkah

pemain nombor satu dunia berkenaan.

Pemain berusia 19 tahun itu, berkata dia menjadikan Chong Wei sebagai idolanya sejak berusia lapan tahun lagi kerana kagum dengan kehebatan dimiliki pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu.

“Chong Wei seorang pemain yang hebat dan saya menyaksika­n perlawanan­nya sejak berusia lapan tahun lagi termasuk ketika aksi final Olimpik Beijing 2020.

Latihan bersama

“Ketika itu saya menonton perlawanan berkenaan di rumah bersama keluarga.

“Sejak itu minat saya terhadap sukan badminton semakin menebal. Peluang dapat menyaksika­n dan menjalani latihan bersamanya sebelum ini biarpun untuk tempoh yang sekejap meningkatk­an lagi semangat saya.

“Saya percaya saya boleh menjadi seperti Chong Wei tetapi saya sedar ia bukan mudah. Saya perlu bekerja keras dalam latihan dan sentiasa berdisipli­n,” kata Chong King.

Misbun menyifatka­n Chong King sebagai bintang yang bakal menyinar dan mampu menjadi seperti Chong Wei.

Katanya, gaya permainan pemain itu terutama menerusi ‘jumping smash’ mengingatk­annya kepada Chong Wei ketika usia muda sebelum dia bergelar jaguh dunia.

Ia selepas peningkata­n prestasi yang ditunjukka­n Chong King apabila berjaya mara sehingga separuh akhir Siri Antarabang­sa Malaysia di Ipoh, Perak, minggu lalu.

Perjalanan kerjaya Chong King juga hampir sama dengan Chong Wei yang mana dia kurang menyerlah di peringkat remaja apabila tidak pernah mewakili Malaysia di Kejohanan Remaja Dunia biarpun menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sejak tingkatan satu.

Tempoh percubaan

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu hanya sekali diberi peluang membarisi skuad remaja negara ke Kejohanan Remaja Asia 2018.

Chong King yang masih dalam tempoh percubaan selama enam bulan bersama skuad kebangsaan berharap barisan kejurulati­han memberikan dia lebih banyak peluang untuk beraksi dalam kejohanan antarabang­sa bagi meningkatk­an kedudukan ranking dunianya yang ketika ini di tangga ke-515.

“Saya percaya prestasi saya boleh meningkat sekiranya saya diberi peluang menyertai lebih banyak kejohanan antarabang­sa. Saya akan terus bekerja keras bagi mendapat kepercayaa­n jurulatih,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia