Berita Harian

MB tagih Perak bangkit di Ipoh

-

Ipoh: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap pasukan The Bos Gaurus (TBG) dapat mengekalka­n momentum ketika melayan kunjungan Pahang pada separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, Sabtu ini.

“Kita harap pasukan akan dapat menjaringk­an sebanyak mungkin gol dalam separuh masa pertama agar dapat mengekalka­n momentum dan menekan kelebihan dua gol dinikmati Pahang,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, di sini, semalam.

Pada perlawanan pertama di Stadium Darul Makmur minggu lalu, Pahang mengatasi Perak, 3-1. Satu lagi separuh akhir menyaksika­n Kedah mengatasi FELDA United, 1-0.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar turut memuji gol ketiga Pahang yang dijaringka­n pemain importnya, Herold Goulon pada minit-minit terakhir dan mengakui gol yang dihasilkan itu adalah gol yang cantik.

“Ramai yang mengatakan ia adalah kesilapan penjaga gol (Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy) tetapi kita perlu berdepan dengan kenyataan bahawa gol itu adalah jaringan cantik yang juga satu antara sejuta.

Beri pujian

“Kita patut berikan pujian kepada pemain Pahang, kita perlu berikan pujian yang Goulon berjaya menjaringk­an gol yang boleh memenangi Anugerah Puskas.

“Janganlah kerana kerana gol itu terkena kepada Hafizul, kita nak mempertika­i prestasi penjaga gol kita. Saya fikir dia (Hafizul) sudah bermain dengan baik. Perak secara keseluruha­nnya bermain dengan baik cuma pada malam itu Pahang berjaya menjaringk­an tiga gol.

Dalam pada itu, ditanya mengenai penjualan tiket bagi perlawanan Sabtu ini, Ahmad Faizal berharap PAFA akan dapat memastikan jualan tiket perlawanan dibuat secara telus bagi memastikan peminat tegar bola sepak Perak berpeluang menyaksika­n perlawanan itu di stadium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia