Berita Harian

‘Menang kena kutuk, kalau kalah lagilah’

Reaksi Sathianath­an selepas Selangor benam Pahang

- Oleh Syafiq Aznan

Demikian reaksi B Sathianath­an yang hairan dengan sikap segelintir penyokong The Red Giants yang mempersoal­kan kejayaan anak buahnya selepas Selangor membenam Pahang 5-2 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Pengendali Selangor itu menegaskan, pasukannya turut berdepan situasi sama apabila tidak dapat menggunaka­n kesebelasa­n utama terbaik sehingga memaksa dia menurunkan beberapa pemain simpanan untuk berdepan cabaran skuad Tok Gajah itu.

“Segelintir penyokong ingat mungkin senang apabila menang dengan barisan pemain simpanan Pahang tetapi kita pun turunkan pemain yang jarang bermain.

“Kepada pengkritik jangan lupa, kita pernah menentang kesebelasa­n utama Pahang ketika di tempat mereka sebelum ini, kita tidak tewas. Mereka yang tidak mahu letakkan pemain utama, jadi kita tidak boleh buat apa apa.

Bangga dengan pemain

“Saya bangga dengan pemain dan kemenangan pada perlawanan ini. Saya malas mahu cakap apa apa lagi. Katakanlah kalau malam ini (kelmarin) kita kalah, mesti semua orang akan kutuk saya.

“Menang pun kena kutuk. Jadi biarlah. Ini semua ‘pahlawan papan kekunci’ yang tidak pernah tengok perlawanan. Tengok telefon bimbit sahaja dan apabila Selangor kalah, cakap jurulatih bodoh,” katanya pada sidang media, kelmarin.

Sementara itu, apa yang dirisaukan oleh pengendali Pahang, Dollah Salleh ketika membuat percaturan menurunkan barisan kedua untuk menentang Selangor akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya memang takutkan perkara itu (kalah besar) berlaku tetapi saya tidak jangka kita tewas dengan keputusan sebegitu. Apa yang saya lihat adalah kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pertahanan.

“Inilah yang membezakan antara pemain utama dengan pemain simpanan di mana mereka jarang bermain. Jadi nampak mereka susah untuk menyesuaik­an diri dengan permainan,” katanya.

 ?? [ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH] ?? Pemain Selangor, Sandro Da Silva Mendonca berebut bola dengan pemain Pahang, Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah (kiri) ketika perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.
[ FOTO SAIRIEN NAFIS / BH] Pemain Selangor, Sandro Da Silva Mendonca berebut bola dengan pemain Pahang, Muhammad Ashar Al Aafiz Abdullah (kiri) ketika perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia