Berita Harian

FAM calonkan gol Goulon

Stuart sahkan PBNP sudah luluskan untuk anugerah FIFA

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) memberi ‘lampu hijau’ kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menghantar pencalonan jaringan ‘ajaib’ Herold Goulon ke Anugerah Puskas Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

Mengesahka­n perkembang­an itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata gol Goulon yang dilakukan ketika aksi separuh akhir pertama Piala FA, Sabtu lalu itu dilihat sebagai jaringan tercantik sepanjang Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

“Pahang sudah luluskan untuk FAM mengemukak­an gol itu kepada FIFA bagi Anugerah Puskas dan ianya akan dibuat hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui pada sidang media kepulangan dua pemain skuad Bawah 18 (B-18) daripada Program Asian Eleven di Jepun, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Kamal; Pengarah Japan Foundation Kuala Lumpur, Shimada Seiya dan Ketua Cawangan Sukan Berpasukan Majlis Sukan Negara (MSN), Shukri Harun.

Jaringan Goulon itu dihasilkan ketika aksi pertama separuh akhir Piala FA menentang Perak di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu.

Dengan pencalonan Goulon itu, bermakna Malaysia akan memiliki dua calon untuk dinilai panel selepas jaringan Syahmi Safari yang dilakukan ketika menentang Thailand pada kempen Piala AFF, sebelum ini.

Layak dicalonkan

Mengulas lanjut, Stuart berkata jaringan itu jelas layak untuk dicalonkan ke Anugerah Puskas kerana ia dilakukan menerusi sepakan percuma jauh di tepi garisan tengah padang.

“Secara peribadi, gol itu memang cantik. Kalau suruh buat sekali lagi mungkin susah untuk dilakukan tetapi itulah Anugerah Puskas, jaringan sukar untuk dilakukan berkali-kali.

“Harap ia akan berada senarai akhir bersama gol Syahmi. Tidak timbul soal pemain import atau tempatan kerana ia berlaku dalam liga kita dan FAM bertanggun­gjawab untuk panjangkan pencalonan kepada FIFA,” kata Stuart.

 ?? [ FOTO BERNAMA] ?? Stuart (kiri), Seiya (tiga dari kanan), Shukri (dua dari kiri) dan Subahan (kanan) bersama pemain Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari, Harith Haiqal Adam Afkar (dua dari kanan) dan Ali Imran Sukari di Wisma FAM, semalam.
[ FOTO BERNAMA] Stuart (kiri), Seiya (tiga dari kanan), Shukri (dua dari kiri) dan Subahan (kanan) bersama pemain Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari, Harith Haiqal Adam Afkar (dua dari kanan) dan Ali Imran Sukari di Wisma FAM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia