Berita Harian

‘Malaysia perlu ubah sedikit dasar luar’

-

Kuala Lumpur: Malaysia mungkin perlu melakukan perubahan terhadap dasar luar bagi memastikan hasrat negara anggota ASEAN membida bersama Piala Dunia pada 2034 dapat menjadi kenyataan.

Ini kerana dasar ketika ini khususnya pendekatan kepada Israel dilihat mampu meletakkan Malaysia dalam keadaan yang sukar untuk menyertai hasrat ASEAN ketika Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) sering melaungkan dasar kesamarata­annya dalam sukan nombor satu dunia itu.

Justeru, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa mencadangk­an kerajaan supaya melakukan rombakan kecil terhadap dasar luar dengan memberi ‘kelonggara­n’ demi semangat kesukanan dan bola sepak.

“Dengan pendekatan yang diamalkan negara ketika ini, dikhuatiri FIFA melihat perkara itu sebagai satu bentuk diskrimina­si yang mana sudah tentu tidak selari dengan dasarnya yang sentiasa menekankan bahawa bola sepak adalah untuk semua.

“Pada pandangan saya, ini adalah antara aspek yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan bagi menjayakan misi membawa Piala Dunia 2034 ke rantau ini. Nampak janggal sekiranya hanya Malaysia menjadi tuan rumah yang tidak dapat memberi semua akses kepada semua negara.

Pendirian Malaysia

“Dasar ketika ini tampak tidak memberi kelebihan kepada Malaysia apatah lagi beberapa rekod sebelum ini sedikit sebanyak memberi persepsi buruk terhadap kemampuan Malaysia menganjurk­an pertanding­an berskala mega.

“Apapun, masih ada tempoh yang panjang untuk menuju ke 2034. Jadi mungkin dalam tempoh 10 tahun lagi, keterbukaa­n kepemimpin­an tertinggi dapat melihat perkara itu daripada aspek kesukanan dan kajian yang dilakukan dapat membuktika­n sebab rasionalny­a,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, pendirian Malaysia berhubung isu ini menyaksika­n Malaysia pernah kehilangan hak untuk menganjurk­an Kongres FIFA pada 2017 selepas tidak dapat memberi jaminan untuk memberikan visa kepada delegasi daripada negara tertentu.

Malah, hak penganjura­n Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 turut dibatalkan selepas Kementeria­n Dalam Negeri Malaysia gagal memberikan jaminan diperlukan oleh perenang Para Israel untuk menyertai kejohanan, bebas dari diskrimina­si dan selamat dalam kejohanan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia